Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ta.san] | اتسن

Definisi : (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ta.san] | اتسن

Definisi : yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high politicspolitik atasanSains PolitikHubungan AntarabangsaPenyataan kolektif untuk isu kawasan yang penting dan genting. Politik atasan selari dengan perspektif elitis yang menyatakan bahawa dasar luar distrukturkan mengikut hierarki politik atasan. Dalam praktisnya, politik atasan meliputi keadaan jika sesuatu kes konflik terjadi, isu dasar luar mendapat keutamaan melampaui isu dalam negeri. Bentuk keutamaan sedemikian biasanya menjadi amalan tradisi di kebanyakan negara. Dalam sistem pemerintah berperwakilan pelbagai parti, keutamaan ini menjurus kepada saranan untuk parti politik menghentikan persengketaan. Parti politik disarankan untuk saling bekerjasama bagi mencari titik pertemuan terutama dalam kawasan politik atasan ini. Pada tahap yang paling minimum, politik atasan melibatkan anjuran pengekalan nilai utama seperti pengekalan keutuhan negara. Saranan ini dapat difahami kerana dalam sesuatu situasi krisis politik atasan, nilai utama negara dianggap tergugat. Contohnya, dalam kes yang dihadapi oleh United Kingdom, sama ada untuk menyertai Komuniti Eropah bagi mata wang tunggal Euro, atau dalam contoh lain isu kemerdekaan negara Dunia Ketiga yang biasanya melibatkan politik atasan.
filtering-down processproses penurasan ke bawahSosiologiTiadaProses pertukaran penghunian sesuatu kawasan perumahan apabila masyarakat bawahan memasuki kawasan yang dahulunya didiami oleh masyarakat atasan, apabila masyarakat atasan berpindah ke kawasan baharu yang lebih selesa.
filtering-down processproses penurasan ke bawahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses pertukaran penghunian sesuatu kawasan perumahan apabila masyarakat bawahan memasuki kawasan yang dahulunya didiami oleh masyarakat atasan, apabila masyarakat atasan berpindah ke kawasan baharu yang lebih selesa.
strategic leadershipkepemimpinan strategikPengurusanPerancanganPendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut.
vertical resolutionpeleraian menegakKomunikasiKorporatProses menguruskan penyelesaian masalah secara dua hala antara pihak pengurusan atasan dengan pihak bawahan. Proses komunikasi biasanya dimulakan oleh pihak atasan, manakala pihak bawahan akan memberikan maklum balas. Proses komunikasi boleh berlaku secara rasmi atau tidak rasmi. Perkara yang dikerap diurus melalui proses ini ialah perkara yang berkaitan dasar, peraturan, kebajikan pekerja, dan kepentingan organisasi. Peleraian menegak penting dalam pengurusan krisis hubungan pekerja bagi menjamin keharmonian dan kerjasama ahli dalam organisasi. Tujuannya adalah untuk memastikan organisasi berfungsi secara seimbang dan lancar bagi menjamin kesetiaan pekerja berkekalan.
administrative centralisationpemusatan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

 Kuasa pengurusan organisasi tertumpu kepada pihak atasan dan individu tertentu sahaja tanpa melibatkan banyak pihak. Melalui pendekatan pemusatan pentadbiran, keputusan dan arahan banyak dibuat oleh pihak pengurusan atasan kerana mereka mempunyai kuasa yang besar. Pekerja bawahan hanya menerima keputusan yang telah dibuat dan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan bidang tugas yang diarahkan. Pegawai bawahan tidak mempunyai kuasa dalam mempengaruhi dan menentukan keputusan serta arahan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa. 

decision criteriakriteria keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan.

accountable managementpengurusan bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan.

wrapping pairpasangan balutMekanikGunaanSambungan di antara tali sawat dengan kapi, rantai dengan gegancu, atau tali dengan gelendong. Pasangan balut termasuk dalam golongan pasangan atasan. Lihat juga pasangan, pasangan atasan.
top managementpengurusan atasanPentadbiranPentadbiran Awam

Pihak yang memegang jawatan atau kedudukan yang tertinggi dalam hierarki kuasa sesebuah organisasi. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam merangka, mereka bentuk dan merancang dasar, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perjalanan sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi. Perancangan organisasi, penyusunaturan dan penyelarasan sesebuah organisasi juga menjadi tugas utama mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan atasan sentiasa terikat dengan tujuh fungsi asas pengurusan, iaitu peramalan, perancangan, pengorganisasian, kepemimpinan, pengkoordinasian, pengstafan dan pengawalan. Keseluruhannya, segala urusan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi terletak di bawah tanggungjawab pengurusan tertinggi.

12345678910...

Kembali ke atas