Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atasnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tempat orang berucap & meletakkan nota di atasnya adakah dipanggil rostrum?Mengikut Kamus Dewan, maksud rostrum ialah pentas orang berucap, mimbar (jika dlm masjid).Lain-lain04.10.2018
Mengapa ejaan dato' perlu ditanda koma di atasnya? Setahu saya ejaan yang mempunyai koma di atas sudah dimansuhkan dalam bahasa Melayu melainkan untuk kata nama khas seperti nama orang dan tempat. Bukankah ejaan datuk lebih tepat dan mudah berbanding dato' ?Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu, manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan.Lain-lain16.01.2010
Ejaan Hartanah atau Harta Tanah?Harta tanah bermaksud (Eko) tanah dan apa-apa sahaja yang terdapat di atasnya (seperti bangunan, tanaman, balak, atau galian);
Hartanah juga bermaksud harta tanah.
 

Oleh itu, kedua-dua perkataan hartanah dan harta tanah ini diterima dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://prpm.dbp.gov.my
Lain-lain08.08.2022
Tolong menterjemahkan dalam Jawi "PENJUALAN DAN PEMBAIKAN TELEFON BIMBIT" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih.فنجوالن دان فمباءيقن تيليفون بيمبيت -  huruf pa pada ejaan penjualan dan pembaikan hendaklah diletak tiga titikl di atasnya Ejaan13.07.2012
Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat?Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita.  (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017)Istilah05.04.2018
Di manakah saya boleh mencari rujukan cara sebutan perkataan dengan tanda vokalnya? Sebagai contoh, cara yang betul menyebut rengsa.Kamus Dewan tidak memasukkan panduan sebutan pada setiap entri. Walau bagaimanapun bagi beberapa perkataan yang agak mengelirukan ada panduan sebutan. Contohnya, perkataang rengsa boleh dilihat dalam laman web kami http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rengsa, réngsa - ialah e taling, jika e pepet tidak diberikan tanda di atasnya.Tatabahasa01.10.2015

Kembali ke atas