Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kejong[k«.dZoN]kata adjektifberkenaan benda, binatang atau manusia yang keras atau kejang disebabkan sesuatu proses atau tindak balas.Ikan tu kejong kene ae batu.[i.kAn tu k«.dZoN k«.n« Ae bA.tu]Ikan itu keras kena air batu.
getok[g«.to/]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada ubi atau keladi atau pisang yang direbus dan kemudian ditumbuk, dicampur kelapa parut dan sedikit gula. Campuran tersebut dimasukkan dalam acuan, diratakan dan dibiarkan sejuk.   
bonyo[bo.øo]kata adjektifberkenaan buah yang terlalu lembik kerana sudah lama terbiar atau terjatuh atau dihempap sesuatu.Pisang dah bonyo, baek buang aje.[pi.sAN dAh bo.øo bAe/ bu.wAN A.dZ«]Pisang yang sudah lembik, lebih baik dibuang sahaja.
bronok[bÄo.no/]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada biji sagu dicampur dengan air, gula pasir atau gula merah atau gula melaka dan dikacau dalam kuali. Setelah pekat dimasukkan ke dalam loyang dan apabila sejuk dipotong-potong dan digaul dengan kelapa parut.   
roti kirai[Äo.ti ki.ÄAj] sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung dan digoreng seperti rupa jala berbentuk bulat dan dimakan dengan kuah kari daging atau kari ayam atau kuah durian, roti jala.   
gandang[gAn.dAN]kata adjektifriuh atau bising contohnya apabila seseorang atau beberapa orang bercakap dengan nada yang kuat yang boleh menimbulkan kebisingan.Salah siket gandang bunyi mulotnye.[sA.lAh si.ket gAn.dAN bu.øi mu.lot.ø«]Salah sedikit sahaja, riuh rendah dan bising bunyi mulutnya.
melela[m«.l«.lA]kata namakesan atau bekas pada anggota badan, tangan atau kaki akibat pukulan dengan rotan, kayu, lidi dan lain-lain.Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol.[te.No/ ni m«.l«.lA l«.NAn A.de/ kAw pu.kol]Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul.
telonop[t«.lo.nop]kata adjektifjahanam atau rosak pada sesuatu kerana perbuatan manusia, binatang, benda atau keadaan alam.Telonop basikal budak Ali, bile ade orang tue yang naek.[t«.lo.nop bA.si.kAl bu.dA/ A.li bi.l« A.d« o.ÄAN tu.w« jAN Rosak basikal Ali, apabila orang tua yang naik.
melulang[m«.lu.lAN]kata adjektifberkenaan kulit keras atau tebal pada bahagian kaki atau tapak tangan akibat terlalu kerap membuat kerja, kematu; kebabal.Hari-hari keje lasak, melulang kaki tangan.[hA.Äi.hA.Äi k«.dZ« lA.sA/ m«.lu.lAN kA.ki tA.NAn]Setiap hari bekerja lasak, keras kulit kaki dan tangan
kebabal[k«.bA.bAl]kata adjektifberkenaan kulit keras atau tebal pada bahagian kaki atau tapak tangan akibat terlalu kerap membuat kerja, kematu; melulang.Tangannye kebabal kerane kuat bekeje.[tA.NAn.ø« k«.bA.bAl k«.ÄA.n« ku.wAt b«.k«.dZ«]Kulit tangannya keras akibat bekerja kuat.
12345678910...

Kembali ke atas