Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu?

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

 (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti
      (a) rangkaian atau pemerian, atau
      (b) penjelasan.

Contohnya:
    (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen.
    (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.      Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

 

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk

(1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.
(2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP.


Tatabahasa24.04.2023
Soalan : si Ahmad atau Si Ahmad? jawapan dalam khidmat nasihat DBP berbeza pada 21.01.2015 dan pada 09.01.2014 Soalan : si arnab atau Si Arnab atau si Arnab? Soalan : si pencuri atau Si Pencuri atau si PencuriJawapan yang betul ialah:

1. si arnab/si pencuri (pada pertengahan ayat)
2. Si Arnab/Si Pencuri (untuk tajuk atau kata nama khas)

Tatabahasa26.01.2024
Mana satu perkataan/frasa yang betul bagi "berserta" atau "berserta dengan"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai?Perkataan atau frasa "berserta" atau "berserta dengan" kedua-duanya boleh digunakan dalam pembentukan ayat. Perkataan "berserta" didefinisikan sebagai "bersama-sama dengan".

Contoh ayat:
1. Sila tuan hantar borang ini kembali berserta wang langganan majalah tersebut. (Rujukan: prpm.dbp.gov.my)
2. Dokumen prakelayakan yang telah siap berserta dengan dokumen sokongan akan dipulangkan di dalam sampul surat yang bermateri. (Rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP,2020), halaman 2078)
Tatabahasa24.01.2024
Salam. saya ingin bertanya tentang "Ulama". Seseorang individu hendak menjadi atau digelarkan sebagai ulama, individu berkenaan perlu mempunyai pendidikan islam dalam degere, master atau PhD? Atau ia perlu menduduki peperiksaan khas atau mendapat kelulusan Board baru boleh digerkan sebagai ulama? Sekian Terima Kasih. SawMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata ulama bermaksud orang yang mahir atau yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam. Sungguhpun begitu, bukan sebarang orang boleh digelar ulama. Gelaran ini diberikan kepada tokoh yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang lebih tinggi dan mendalam mengatasi sarjana atau ilmuan di universiti sekarang, malah mencintai ilmu, beramal soleh dan berkeperibadian unggul. Contohnya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’e atau yang sering disebut Imam Syafi’e. Beliau bukan sahaja arif dalam ilmu agama tetapi memiliki sifat amanah, zuhud, warak, takwa, dermawan dan baik tingkah lakunya.

Namun, terdapat juga penggunaan kata ulama dalam masyarakat Melayu di negara ini yang merujuk gelaran kepada seseorang yang pandai dalam agama dan politik.
Makna29.09.2023
Penggunaan kata singkat Kau. Yang mana satu betul 1. kau milikku atau kaumilikku 2. kaubersamaku atau Kau bersamaku 3. kaudirundung kesedihan atau kau dirundung kesedihan 4. kausertku atau kau sertaku 5. Kau tidak gentar atau kautidak gentar Terima kasih

Penggunaan ku, kau dan mu yang disingkatkan daripada perkataan aku, engkau dan kamu hendaklah ditulis rapat dengan kata yang diterangkannya, sama ada sebelum kata kerja atau selepas kata nama.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 135-136.

Tatabahasa17.03.2024
Adakah gegantung atau papan tanda di Malaysia dibenarkan untuk dikarang dalam bahasa Cina atau Inggeris atau bahasa bukan kebangsaan sepenuhnya? Jika tidak dibenarkan, ke mana orang awam perlu salurkan aduan?Untuk makluman tuan, papan tanda yang dipasang di premis perniagaan dan tempat awam perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul atau jika bahasa lain digunakan mesti ada padanan dalam bahasa Melayu (buat dwibahasa) dan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi susunan dan saiz (bahasa Melayu di bahagian atas teks bahasa lain dan saiz teks hendaklah lebih besar). PBT mengenakan syarat untuk permohonan lesen, setiap papan tanda perniagaan yang hendak dipasang di premis perniagaan perlu mendapat sijil pengesahan bahasa Melayu yang baik dan betul daripada DBP. Aduan boleh dibuat melalui http://kndbp.dbp.gov.my (klik Pantau Tegur Bahasa/Aduan Pelanggan).
Lain-lain21.10.2022
apakah terjemahan terbaik bagi "judaization"? adakah pengyahudian atau mengyahudikan atau selainnya?Sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, kami mencadangkan "judaization" diterjemahkan kepada "peyahudian" yang membawa maksud perbuatan atau proses meyahudikan (Kamus Dewan Perdana).Penyemakan dan penterjemahan14.12.2022
Salam, adakah pengginaan perkataan meter perlu dieja penuh atau tidak dalam ayat: 15 meter atau 15 m atau 15m?Cara penulisan yang betul ialah, "15 m atau 15 meter".Lain-lain31.10.2022
1. "Sesi 2022 / 2024" atau "Sesi 2022/2024" - Penggunaan tanda palang (/) perlu dijarakkan dengan nombor sebelum dan selepas atau sebaliknya. 2. "Kehadiran:" atau "Kehadiran :" Penggunaan tanda titik bertindih (:) perlu dijarakkan dengan perkataan sebelum atau sebaliknya. Sekian, terima kasih.

Penggunaan tanda garis miring (/) dan tanda titik bertindih (:) pada teks tidak perlu dijarakkan.
Contoh:
1. Sesi 2022/2024   
2. Kehadiran:

Lain-lain20.11.2022
Jika saya ingin menggunakan perkataan ramadan atau raya sahaja dan bukannya bulan ramadan atau hari raya, adakah ianya dalam huruf besar atau kecil. contoh: sambutan raya atau sambutan Raya. juadah ramadan atau juadah Ramadan?"Ramadan" ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar, manakala "raya" ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan "raya" merujuk hari raya banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam konteks rasmi hendaklah ditulis dalam frasa dan ejaan yang betul, seperti sambutan hari raya. Walau bagaimanapun, duit raya dan kad raya diterima sebagai perkataan yang standard.Ejaan28.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas