Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)


Pantun

PantunSumberTema
Gulai lemak atau sempedas, Cukup seukur dengan rempahnya; Damai dunia bala pun lepas, Hidup akur dengan tuahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ikan dapat boleh digulai, Gulai lemak atau sempedas; Ikutan umat supaya damai, Damai dunia bala pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak rusa jatuh telaga, Berilah makan si batang keladi; Saya berdua atau bertiga, Lainlah orang jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanda berbaju ada butangnya, Butang besar ataupun kecil; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berkasar atau berdegil.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas