Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa jatuh telaga, Berilah makan si batang keladi; Saya berdua atau bertiga, Lainlah orang jangan peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincang-cincang buah kuini, Hendak makan dengan gula; Leher jenjang si putih kuning, Duduk seorang atau berdua? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak. |