Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tindas; menindas 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. penindasan perbuatan atau hal me­nindas. penindas orang dll yg menindas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
turut1 ikut atau pergi bersama: Saya ~ ke mana-mana saja suami saya pergi. 2 bersama-sama melakukan sesuatu atau bersama-sama ditimpa sesuatu kejadian dsb; tidak terkecuali drpd: Ia ~ mati lemas kerana terperangkap dlm kereta yg tenggelam itu. ~ campur bersama mencampuri urusan atau hal orang lain. ~ serta ikut serta melakukan sesuatu. pak ~ orang yg sentiasa mengikut atau meniru orang lain. berturut berikut atau bersusun dgn teratur. berturut-turut 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; ber­ulang-ulang: Ia menembak musuh ~. menurut 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. turut-menurut tidak tentang-menentang; saling menurut. menuruti mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; mengekori. menurutkan mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. memperturutkan 1 menjadikan ber­­turut-turut; melakukan sesuatu ber­­kali-kali: Kerana terlalu marah, dia ~ pukulannya terhadap orang itu. 2 membiarkan atau membuat supaya ber­­sama-sama melakukan sesuatu; mem­biarkan turut: Ketua Pengarah ~ lima orang pegawainya dlm seminar itu. turutan 1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama. perturutan hal atau keadaan berturut-turut. pe­nurutan perbuatan (hal dsb) menurut, menuruti atau menurutkan. penurut 1 suka mengikut atau suka menurut; tidak membantah atau tidak melawan; patuh. 2 orang yg menurut; pengikut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berwajah1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tumpang; menumpang 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. menumpangi menumpang di atau pd; ikut tinggal di: Dia ~ rumah kakaknya buat sementara waktu. menumpangkan 1 menyuruh (membiarkan) tinggal atau bermalam di sesuatu tempat: Ahmad ~ anaknya di rumah seorang sahabat. 2 membiarkan menumpang sesuatu kenderaan (utk berpergian): Ia ~ barang-barangnya di kereta adiknya. 3 menaruh atau meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Ia ~ tangannya di atas bahu kawannya. 4 menyerahkan sesuatu supaya dijaga atau diurus; mengamanahkan. tumpangan 1 se­suatu yg ditumpangkan utk dibawa, dikirim dll. 2 tempat menumpang utk sementara waktu: rumah ~ rumah tempat menginap atau tempat menum­pang. penumpangan perbuatan (hal dsb) menumpang, menumpangi atau menumpangkan. penumpang orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunduk1 = menunduk condong ke bawah atau ke hadapan (ttg kepala atau muka); lw mendongak: Ia ~ kerana tidak dpt menjawab soalan gurunya. 2 tidak tegak (ttg pokok); merunduk; condong. 3 menurut perintah atau menurut peraturan: Pekerja-pekerja di situ semuanya ~ kpd ketua mereka. 4 menyerah kalah kpd; takluk kpd: Pd ketika itu, beberapa buah negara telah ~ ke negeri Rom. menundukkan 1 mengarahkan (kepala atau muka) con­­dong ke bawah atau ke hadapan: Ia ~ kepalanya beberapa minit sebelum menjawab. 2 mengalahkan musuh atau lawan hingga menyerah; menakluk; menewaskan lawan dlm permainan dll. penundukan perbuatan atau hal menundukkan. penunduk sesuatu yg menun­dukkan: ilmu ~ jampi atau mantera utk menundukkan seseorang (mu­suh dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
unjur II; mengunjur menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. mengunjurkan 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. unjuran 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
veto/véto/ pernyataan menolak atau membatalkan sesuatu keputusan: hak (kuasa) ~ hak atau kuasa menolak sesuatu keputusan. memveto menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. pemvetoan perihal atau perbuatan memveto: ~ terhadap keputusan itu akan dibuat tidak lama lagi. pemveto orang, pihak, negara dsb yg memveto: Negara besar itu merupakan ~ dlm menyelesaikan masalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ucapapa-apa yg dilafazkan atau yg dituturkan; sebutan kata. berucap 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. mengucap menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. mengucapkan 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. ucapan 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. pengucapan perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. pengucap orang yg berucap atau yg mengucapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tiris1 bocor pd sesuatu (spt tayar, atap) yg menyebabkan angin dpt keluar atau air dpt masuk dsb. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Gayung yg ~ tidak dpt digunakan lagi. meniriskan menjadikan tiris; membocorkan. ketirisan 1 kena kesan drpd sesuatu yg tiris; kebocoran. 2 keadaan tiris; kebocoran. penirisan perihal atau perbuatan meniriskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas