Tercencang puar, bergerak andilau. | Jika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak. | Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang lahir memperlihatkan yang batin. | Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga. | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. selat = sisip, selit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menantikan nasi disajikan di mulut. | Orang yang pemalas hanya menantikan pemberian atau kasihan orang saja, atau menantikan takdir Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. | Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum duduk berlunjur dulu. | Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Redup atau panas keras. | Untung-untungan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |