Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ataukah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Yang mana lebih tepat: "Kita akan meneliti BAGAIMANA kerumitan ini boleh ..." ataukah "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ..." Salam & T. KasihAyat "Kita akan meneliti CARANYA kerumitan ini boleh ... adalah tepat kerana kata tanya "bagaimana" tidak boleh hadir dalam ayat penyata.Tatabahasa16.02.2011
Saya telah menggunakan carian kata, tetapi tidak berhasil. Adakah perkataan "berdayausaha" itu betul? Ataukah "berdaya usaha"?Ejaan yang betul ialah berdaya usaha.Ejaan06.02.2008
Salam tuan, Yang mana lebih tepat: "dalam keadaan DI MANA mata wang negara itu..." ataukah "dalam keadaan YANG mata wang negara itu..." Salam & T. KasihAyat yang tepat ialah dalam keadaan mata wang negara itu...Tatabahasa16.02.2011
Apakah bahasa Melayu Malaysia dapat menjadi standar bagi bahasa Melayu di Riau, Kalimantan Barat, dll.? Ataukah bahasa Indonesia yang menjadi bahasa Melayu standar bagi dialek-dialek Melayu tempatan tersebut?

Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau yang lebih dikenali dengan sebutan baku.  Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Antara ciri  utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.yě), apa (a.pě) dan kerja (ker.jě). Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain10.01.2020
apakah penggunaan yang tepat untuk merujuk/menisbahkan sesuatu kepada Turkiye, misalnya orang Turki dan makanan Turki ataukah orang Turkiye dan makanan Turkiye ?Penggunaan perkataan “Turkiye” telah diisytiharkan merujuk kepada nama negara dan perkara yang berkaitan dengan negara tersebut, seperti makanan Turkiye, orang Turkiye dan lain-lain.Makna20.12.2023
perkataan "mak cik" tidak ditemukan dalam carian di laman prpm. Adakah berlaku kesilapan teknikal pada halaman ini ataukah perkataan "mak cik" tidak diiktiraf penggunaannya oleh dbp?Perkataan  "mak cik"  ada dalam carian di laman prpm. Mak cik (nama am) dan Mak Cik Siti (nama khas).Ejaan25.11.2018
Assalamualaikum/ Salam sejahtera. Tuan/puan, saya ingin bertanya, adakah perkataan "Ibadat/Ibadah" sesuai digunakan pada agama lain selain daripada agama Islam? ataukah terdapat perkataan lain yang harus digunakan terhadap agama lain? Contoh: Kaedah ibadat agama Yahudi/ Kaedah ibadat agama Sikh.1. Perkataan "ibadah" dan "ibadat" digunakan mengikut konteksnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020:796-797) bagi makna kedua-dua kata ini.

2. Dalam contoh ayat yang diberikan, kata yang disarankan ialah "ibadat", iaitu perbuatan atau upacara yang dilakukan oleh penganut sesuatu agama sebagai memenuhi tuntutan agama masing-masing. Makna ini terakam sebagai makna kedua dalam KDP.
Makna17.10.2022
Mohon pencerahan berkaitan papantanda di Negeri Melaka yang ada perkataan Bandaraya Bersejarah. Soalan: Adakah ejaan untuk Negeri Melaka telah diwarta sebagai Bandaraya ataukah perlu TUKAR kepada Bandar Raya? Moga mendapat pencerahan dan Kirannya ada sokongan rujukan amatlah disanjungi dan dihargai.

Kata nama khas yang telah diwartakan, ejaan “bandaraya” ditulis rapat, iaitu “Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah”, manakala bagi kata nama am “bandar raya” ditulis terpisah.

 

Ejaan11.12.2023
SALAM. Maksud penggunaan perkataan 'adalah,ialah,samada,namum,Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.  Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. Sama ada bermaksud apakah,ataukah dan ditulis sebagai dua perkataan. Namun bermaksud 1. asalkan, kalau, sekadar 2. akan,berhubung dengan 3. biarpun,meskipun 4.tetapi Makna05.03.2008

Kembali ke atas