Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ataupun

Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara ATAU dan ATAUPUN?Atau dan ataupun membawa maksud yang sama dan berfungsi sebagai kata hubung. Kedua-dua kata ini digunakan apabila hendak menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya, contohnya: besar atau/ataupun kecil; tua atau/ataupun muda; mahal atau/ataupun~ murah.Tatabahasa03.11.2015
penggunaan 'atau' dan 'ataupun'. Apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini dan bila boleh digunapakai.Atau dan ataupun membawa maksud yang sama dan berfungsi sebagai kata hubung. Kedua-dua kata ini digunakan apabila hendak menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya, contohnya: besar atau/ataupun kecil; tua atau/ataupun muda; mahal atau/ataupun~ murah.Tatabahasa13.04.2009
Menyabitkan kesalahan, mensabitkan kesalahan ataupun sabit kesalahan? Ataupun, mensabitkan tertuduh?Jawapan yang sesuai ialah Mensabitkan kesalahan.Makna26.05.2019
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata bagi berketerampilan ataupun berketrampilan dan kokurikulum ataupun ko-kurikulum. Sekian, terima kasih.berketerampilan. kokurikulum.Tatabahasa07.11.2007
Yang manakah ejaan dan istilah yang tepat, "Saya merupakan mahasiswa Tahun Dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa Tahun Kedua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, fakulti Syariah Islamiah". Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah Islamiah."Tatabahasa03.02.2023
Salam sejahtera. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (TD), kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk kata nama ataupun frasa nama yang merujuk kepada tempat. Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’ Kata sendi nama dan kata arah pula boleh berdampingan untuk menunjukkan hala ataupun jurusan. Persoalannya, adakah ‘di bawah naungan/perlindungan/pengawalan’ ataupun ‘di bawah Kementerian Pelajaran/Ordinan Kemajuan Tanah 1956’ merujuk kepada hala ataupun jurusan? Penjelasan Munsyi Dewan amat dihargai! Sekian.Salam Sejahtera. Kata sendi "di" yang digunakan dalam frasa "di tingkatan lima", "disebut-sebut di bibir" dan "tidak lekang di bibir" merujuk tempat. Kata sendi nama dan kata nama arah "di bawah" dalam contoh frasa yang diberikan merujuk jurusan.Tatabahasa28.04.2014
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja.a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja?Tatabahasa01.12.2011
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus.Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera..Karya16.12.2015
Betul ataupun tidak ayat ini? - "Saya rasa... kita harus berusaha lebih keras kerana petunjuk telahpun hilang," beritahu Joan kepada kawan-kawannya. Jikalau betul, saya mahu tanya, penggunaan tiga noktah itu harus dijarakkan atau dirapatkan dengan perkataan sebelum dan selepasnya?"Saya rasa, kita harus berusaha lebih keras kerana petunjuk telahpun hilang," beritahu Joan kepada kawan-kawannya. Titik tiga (ellipsis) digunakan apabila ada perkataan yang ditinggalkan dalam petikan tersebut. Dalam ayat ini tidak menunjukkan ada perkataan yang ditinggalkan, hanya jeda (berehat sebentar) ketika mengungkapkannya.Tatabahasa02.11.2015
Betul ataupun tidak ayat ini? "Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun."Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun. - Ayat tersebut betul.Tatabahasa28.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas