Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ataupun

Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
husob Kdselendang yang digunakan sebagai penutup kepala bobohizan ketika membaca mantera ataupun ketika ia menari sumazau.Husob - Kain "mogah" (tenunan asli orang-orang Bajau) digunakan sebagai kain penutup kepala oleh bobohizan ketika membaca menteranya ataupun ketika ia menari sumazau. Kain husob ini ditenun daripada benang nenas.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
burung berua Ibkeadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya.Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelingkang Ibsejenis bekas daripada buluh, digunakan sebagai tempat meletak makanan untuk pemujaan.Ataupun membuang kelingkang yang terpacak di hutan hijau itu.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayau Ib, Khmembunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorangPeperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sandong, *sandung* Ibtiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang).Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belilit Kdsejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan di kaki atau tangan.Belilit - ini sejenis gelang yang diperbuat daripada tembaga, boleh digunakan sebagai perhiasan di kaki ataupun di tangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duang tabak Bj Smsejenis talam berkaki.Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
suki Kdbekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai.Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kungkuvak Kdwisel daripada batang padi.Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pembulian, *pambulian* Mrpembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi.Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas