Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ataupun

Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statusstatusPentadbiranTiadaNilai yang diberikan kepada kedudukan yang disandang oleh seseorang kumpulan ataupun syarikat dalam sesebuah organisasi ataupun masyrakat.
cadencealunKesusasteraanPuisiIrama ataupun rentak yang merupakan suatu gerak yang timbul sewaktu membaca atau melagukan sesebuah puisi. Gerak ini terjadi kesan daripada pengulangan sebutan sesuatu bunyi yang berturutan ataupun kemunculannya disebabkan tersekatnya arus pergerakan suara semasa mengujarkan sesuatu perkataan.
jointsambunganKejuruteraanKejuruteraan Bangunan1. Kaedah mencantumkan dua komponen menerusi agen perekat, mortar ataupun peranti; 2. Ruang di antara dua komponen bersebelahan sama ada diisi ataupun tidak.
planar chromatographykromatografi planarHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis, terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Contohnya, kromatografi lapisan nipis dan kromatografi emparan.
slabpapakKejuruteraanKejuruteraan BangunanPermukaan rata yang membentuk lantai atau bumbung konkrit. Papak boleh dibina terus di atas tanah ataupun disokong oleh rasuk dan tiang ataupun tiang sahaja seperti dalam pembinaan papak rata.
beginning rhymerima awalKesusasteraanPuisiPenggolongan bunyi yang terdapat pada suku kata ataupun perkataan di pangkal setiap baris pertama, kedua, ketiga dan seterusnya dalam sesebuah puisi. Pengulangan ini mungkin wujud pada suku kata ataupun perkataan pertama, seperti dalam pantun di bawah . Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi ; Kalau ada umur panjang, Boleh kita berjumpa lagi.
flashingkalis tirisKejuruteraanKejuruteraan BangunanKepingan nipis yang selanjar yang terdiri daripada logam, plastik; getah ataupun kertas kedap air yang digunakan untuk menghalang serapan atau aliran air menerusi sambungan pada dinding ataupun pada bumbung.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultraungu atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan.
digital immigrantimigran digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital.
staffstafPentadbiranTiadaPakar ataupun profesional dalam sesuatu bidang dalam sesebuah organisasi yang memberi nasihat atau perkhidmatan kepada pengurus bahagian dan pengurus atasan.
12345678910...

Kembali ke atas