Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atlantic


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATLANTIC CITY

Atlantic City (pend. 40 199; pend. kaw. met.

319 416) ialah bandar percutian tepi laut yang besar

di timur negeri New Jersey di Amerika Syarikat.

Bandar ini terletak di Pulau Absecon, berhampiran

pantai tenggara tanah besar New Jersey. Untuk

lokasi bandar ini, lihat Amerika Syarikat (peta

politik).

UMUM 
ATLANTIC CHARTER

Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan

tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas

Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin

D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston

Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada

bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas

kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada.

Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah.

UMUM 
ATLANTIC INTRACOASTAL WATERWAY

Atlantic Intracoastal Waterway (Jalan Air

Intrapantai Atlantik) ialah jalan air terlindung yang

digunakan oleh bot di sepanjang Pantai Atlantik di

Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada satu siri

sungai, muara, teluk, selat, dan serokan, yang

hampir kesemuanya dihubungkan oleh terusan.

UMUM 
TANJUNG HATTERAS

Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah

yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang

menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung

ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur

pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat

Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya

bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan

Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan

stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal

supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras

National Seashore terletak di Tanjung Hatteras.

UMUM 

Kembali ke atas