Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[at.las] | اتلس

Definisi : buku yg mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[at.las] | اتلس

Definisi : Ar, sl sj kain halus yg berkilat; ® antelas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[at.las] | اتلس

Definisi : tulang ruas yg pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[at.las] | اتلس

Definisi : buku yg di dlmnya terdapat peta-peta, gambar rajah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atlas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATLAS

Atlas ialah buku peta. Ia kadangkala termasuk

fakta dan angka tentang tempat. Istilah atlas boleh

juga digunakan untuk buku berjilid yang

menerangkan sebarang subjek dalam bentuk

berilustrasi atau berjadual.

UMUM 
PERGUNUNGAN ATLAS

Pergunungan Atlas menganjur sepanjang 2410

kilometer di barat laut Afrika. Ia bermula dari

Tanjung Rhir di Lautan Atlantik hingga ke Tanjung

Bon di Laut Mediterranean, dan merentasi

sebahagian daripada Maghribi, Algeria, dan Tunisia

(lihat Afrika [peta bentuk muka bumi]). Ia dinamakan

sempena Atlas, iaitu raksasa dalam mitos Yunani

(lihat Atlas ).

UMUM 
BUKU RUJUKAN

Buku rujukan lihat Almanak; Atlas;

Ensiklopedia; Kamus; Perpustakaan.

 

UMUM 
LATITUD DAN LONGITUD

Latitud dan longitud, garisan yang dilukis pada atlas dan glob. Latitud dilukis secara mendatar (garisan melintang) di atas glob, manakala longitud dilukis secara menegak (garisan bujur).

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep

Kembali ke atas