Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atmosferanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isallobarisalobarMeteorologiMeteorologi PerhubunganGaris yang perubahan tekanan atmosferanya sama dalam selang masa tertentu, iaitu isoplet kecenderungan tekanan. Garis ini kadangkala dilukis pada carta sinoptik, terutamanya untuk membantu peramalan gerakan bentuk sebarang tekanan.
low-pressure areakawasan tekanan rendahAeroangkasaTiadaKawasan yang tekanan atmosferanya adalah rendah daripada sekelilingnya yang mana cuaca di situ adalah buruk dan membahayakan penerbangan.
flight levelaras penerbanganMeteorologiMeteorologi PerhubunganAras permukaan yang tekanan atmosferanya malar, yang merujuk kepada data tekanan piawai, iaitu 1013.2 hPa, dan dipisahkan daripada permukaan lain yang serupa oleh sela tekanan tertentu.
duty runwaylandasan tugasAeroangkasaTiadaArah landasan yang digunakan pada sesuatu masa supaya pendaratan dan berlepas boleh dilakukan secara melawan angin.,Kawasan yang tekanan atmosferanya adalah rendah daripada sekelilingnya yang mana cuaca di situ adalah buruk dan membahayakan penerbangan.,Arah landasan yang digunakan pada sesuatu masa supaya pendaratan dan berlepas boleh dilakukan secara melawan angin.
ionization of gaspengionan gasMatematikTiadaProses sesuatu gas terion apabila sebilangan kecil atomnya bertukar menjadi ion, dan gas itu kemudiannya menjadi konduktor elektrik. Oleh sebab bintang mempunyai suhu yang amat tinggi, maka sebahagian besar gas di dalam atmosferanya bertukar menjadi ion.
dust devilpusar debuSainsHidrometeorologiPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Garis pusatnya antara lebih kurang 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya lebih kurang 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit terang, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya.
dust devilpusar debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Diameternya antara 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit cerah, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya. Juga disebut puyuh debu.

Kembali ke atas