Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tom] | اتوم

Definisi : 1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat dlm sesuatu per­ubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom; zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp (dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa); ikat ping­gang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen yg tidak perlu diisi dakwat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tom] | اتوم

Definisi : bahagian terkecil drpd unsur kimia yg dpt berdiri sendiri dan dpt mengalami sesuatu perubahan kimia: Satu molikul air terdiri drpd dua ~ hidrogen dan satu ~ oksigen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atom


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kofigurasi?Perkataan ini tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari salah mengejanya. Perkataan yang hampir dengannya ialah 'konfigurasi' yang merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermakna  susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain13.10.2008
Saya mendapati tiada istilah "graphene" (A form of carbon consisting of planar sheets which are one atom thick, with the atoms arranged in a honeycomb-shaped lattice. Oxford) di dalam pengkalan data DBP. Bagaimanakah untuk mendapatkan istilah tersebut di dalam Bahasa Melayu? Bolehkah saya menggunakan "grafen" kerana "grapheme" telah diterjemah sebagai "grafem". Terima kasih.Dengan mengambil kaedah penyesuaian ejaan grapheme menjadi grafem, maka grafhene boleh menjadi grafen dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan14.05.2015
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu.

Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Sila rujuk juga laman-laman web berikut: 

faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc 

www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal

Lain-lain12.07.2009
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Assalamualaikum / Selamat sejahtera, Saya sedang menterjemah satu rencana di internet. Untuk pendekkan cerita, saya tidak dapat jumpa istilah sepadan bagi perkataan "fullerene" dan "buckyball"/"buckministerfullerene" di PRPM. "Fullerene" ialah satu jenis alotrop karbon yang berbentuk sfera berongga, tiub atau elipsoid, dan "buckyball" ialah sejenis "fullerene" sfera dengan 60 atom karbon. Soalan saya, apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan tersebut? Tekaan saya bagi terjemahan perkataan "fullerene" ialah "fulerina" kerana perkataan "benzene" diterjemahkan sebagai "benzena", atau "fulerin" kerana perkataan "fluorine" diterjemahkan sebagai "fluorin". Tetapi kedua-dua istilah itu tidak ditemui juga di PRPM. Bantuan pihak anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman, kedua-dua istilah "fullerene' dan "buckyball/buckministerfullerene" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan tatacara pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu untuk "fullerene" ialah fulerena. Istilah "bucky ball/buckministerfullerene" akan dikemukakan kepada  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah24.06.2013
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih.
Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini.  Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu.

Penerangan:
Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut:
Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tatabahasa31.12.2017

Kembali ke atas