Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atomnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOBELIUM

Nobelium ialah unsur radioaktif yang dihasilkan

secara artifisial. Simbol kimianya ialah No. Nombor

atomnya ialah 102. Ia mempunyai 10 isotop yang

diketahui. Isotop sesuatu unsur mempunyai

bilangan neutron yang berbeza dalam atomnya dan

dengan itu berat atomnya berbeza-beza. Isotop

yang paling stabil mempunyai nombor jisim 259

dan separuh hayat 58 minit (lihat Sinaran ).

Nobelium boleh dihasilkan hanya terlalu sedikit

untuk ditimbang.

UMUM 
NIKEL

Nikel ialah unsur kimia logam berwarna putih yang

digunakan dalam aloi. Nombor atomnya ialah 28

dan berat atomnya ialah 58.69. Simbol kimia Ni.

Nikel adalah bermagnet, sangat berkilat dan tidak

mudah pudar.

UMUM 
EUROPIUM

Europium (simbol kimia, Eu) ialah satu logam

yang jarang-jarang ditemui. Nombor atomnya ialah

63 dan berat atomnya 151.96.

UMUM 
PRASEODIMIUM

Praseodimium adalah satu daripada unsur

kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr,

nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah

140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram

per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ).

UMUM 
SKANDIUM

Skandium ialah logam yang lembut, berwarna

putih keperakan. Simbol kimianya ialah Sc.

Nombor atomnya ialah 21 dan berat atomnya ialah

44.9559. Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev dari

Rusia meramalkan kewujudannya. Pada tahun

1879, Lars Nilson dari Sweden menemuinya dalam

mineral gadolinit dan euksenit. Skandium

dinamakan sempena nama Scandinavia.

Skandium terdapat dalam sejumlah yang kecil

dalam lebih daripada 800 mineral, tetapi sangat

mahal untuk diekstradisi dan tidak mempunyai

kegunaan yang penting. Skandium melebur pada

1541ºC dan mendidih pada 2831ºC.

Ketumpatannya ialah 2.489 gram per sentimeter

padu pada 20ºC. Lihat juga Unsur kimia (jadual).

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 
TERBIUM

Terbium ialah unsur kimia dengan simbol Tb. Ia

adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 65 dan berat atomnya ialah 158.925.

Ahli sains Sweden, Carl Mosander, pertama kali

menemui atom ini pada tahun 1843.

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
NEODIMIUM

Neodimium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Nd. Ia adalah logam yang tergolong dalam

kumpulan nadir bumi. Nombor atomnya ialah 60.

Berat atomnya ialah 144.24. C. F. Auer von

Welsbach dari Austria menemui unsur ini pada

tahun 1885. Dia mengasingkan unsur yang dikenali

sebagai didimium kepada neodimium dan

praseodimium. Neodimium melebur pada 1021 o C,

dan mendidih pada 3074 o C. Ia mempunyai

ketumpatan 7.003 gram per sentimeter padu pada

25 o C. Logam ini boleh disediakan melalui

elektrolisis garam halidanya, atau melalui

penurunan garam ini oleh logam bumi alkali ini

dengan menggunakan haba. Industri seramik

menggunakan garam neodimium untuk

mewarnakan kaca dan dalam serlis. Logam ini

wujud dalam logam misch , iaitu aloi yang

mempunyai banyak kegunaan, dan dalam laser Nd-

YAG yang penting.

UMUM 
PLATINUM

Platinum ialah unsur kimia dengan simbol Pt. Ia

adalah logam yang berharga, berwarna putih perak

yang lebih bernilai daripada emas. Nombor

atomnya ialah 78 dan berat atomnya ialah 195.08.

Platinum adalah satu daripada bahan yang

diketahui paling berat. Kuantiti platinum yang

diketahui beratnya lebih kurang 21 kali ganda berat

kuantiti air yang sama.

UMUM 
123

Kembali ke atas