Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.trium] | اتريوم

Definisi : laman bahagian dlm sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan juga bangunan moden yg tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.trium] | اتريوم

Definisi : (Bio) salah satu kebuk jantung yg di bahagian atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.trium] | اتريوم

Definisi : ist rongga atau kebuk jantung yg menerima darah dr vena. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atrium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM 
PROLAPS INJAP MITRAL

Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai

MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim

berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan

ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua

penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku

apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini

membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP

lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang

lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di

dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai

infective endocarditis yang melibatkan injap mitral

dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada

wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini

berlaku disebabkan faktor keturunan.

UMUM 
TACHYCARDIA

Tachycardia ialah denyutan jantung yang terlalu

cepat, dan juga dikenali sebagai debaran. Ia adalah

sejenis penyakit organik. Terdapat beberapa jenis

tachycardia, bergantung kepada ruang jantung di

debaran itu bermula dan kekerapan debaran

berlaku. Contohnya, paroksismal atrium takikardia

( PAT ) adalah denyutan jantung yang sangat laju

yang bermula di ruang atas jantung ( atrium ) dan

berlaku sekali-sekala.

UMUM 

Kembali ke atas