Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tur] | اتور

Definisi : ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya; mengaturkan 1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; beratur bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. mengatur 1 menyusun atau menempatkan baik-baik: Ia sedang ~ buku-bukunya di dlm almari. 2 membuat supaya segala-gala rapi; mengemas: ~ rumah tangga. teratur tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. aturan 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. keteraturan keadaan teratur; ketertiban: Kami kagum melihat ~ pekerja-pekerja itu menjalankan tugas. peraturan segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. berperaturan mempunyai peraturan: Kita hendaklah ~ dlm melaksanakan tugas masing-masing. pengatur orang yg mengatur; alat utk mengatur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deployletak atur , pasang aturAeroangkasaTiada2. Letak atur: Meletakkan satelit ke orbit yang tertentu.,. 3. Pasang atur: Memasang komponen pesawat kepada konfigurasi yang dikehendaki.
program developerpembangun atur caraTeknologi MaklumatPerisianIndividu yang bertanggungjawab membina suatu atur cara sistem perkomputeran. Individu ini berkemahiran dalam menulis, mengkompil dan menyahkod atur cara. Pembangun atur cara terdiri daripada pengatur cara, juruanalisis sistem, pengatur cara analisis dan individu yang terlibat dengan tugas pembangunan atur cara.
diagnostic programatur cara diagnosisKejuruteraanTiada1. Atur cara khas untuk menyemak perkakasan komputer bagi operasi yang betul.,2. Atur cara ujian untuk membantu memencilkan kerosakan perkakasan pada pengawal boleh atur cara dan peralatan gunaan.,3. Atur cara untuk membantu mencari ralat pengekodan pada atur cara yang baru ditulis.
program librarianpustakawan atur caraTeknologi MaklumatPerisianSet atur cara yang terbina dalam suatu bahasa pengaturcaraan. Pengatur cara boleh menggunakan pustakawan atur cara ini bagi memudahkan penulisan pembinaan atur cara. Contohnya, dalam bahasa C, salah satu pustakawan atur cara ialah OpenSSL yang menyediakan fungsi penyulitan untuk pembinaan atur cara.
program logical viewpandangan logik atur caraTeknologi MaklumatPerisianPerspektif yang menggambarkan aliran logik suatu atur cara yang dibangunkan dengan menggunakan carta alir. Melalui perspektif ini, pembangun atur cara dapat memahami pembangunan sesebuah atur cara. Oleh itu, pembaikan dan pengubahsuaian atur cara dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Pembangun atur cara dapat menulis kod atur cara berdasarkan aliran logik dengan jelas.
kelarai bunga aturkelarai bunga aturKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga atur.
linking loaderpemuat pemautanKejuruteraanTiada1. Atur cara komputer yang mengambil segmen-segmen atur cara dan menempatkannya satu persatu dalam ingatan, melaras lokasi suruhan lompat dan panggil untuk memadankannya dengan penempatan baru dalam ingatan.,2. Rutin yang menggabungkan segmen atur cara dan mengumpuk semula alamat-alamat untuk menggambarkan lokasi ingatan yang baru.,3. Pembeban boleh cari yang menghubung beberapa modul objek kepada suatu modul beban tunggal, melerai rujukan luar dalam proses itu. Hal ini membolehkan pengguna memuat atur-atur caranya ke dalam mana-mana kawasan ingatan.
job managementkerja (an)KejuruteraanTiadaFungsi tertentu yang dilakukan oleh atur cara-atur cara khas seperti penjadual kerja atau penjadual induk.
return codekod kembaliKejuruteraanTiadaKod yang digunakan untuk mempengaruhi pelaksanaan atur cara-atur cara yang berikutnya.
program layerlapisan atur caraTeknologi MaklumatTiadaKomponen fungsian atur cara yang dibangunkan secara berasingan. Satu kaedah dalam pengaturcaraan komputer untuk mengorganisasikan atur cara kepada beberapa komponen fungsian yang saling berinteraksi secara berjujukan atau berhierarki dengan lapisan atur cara lain yang berada di atas atau di bawah komponen berkenaan. Misalnya program komunikasi Sistem Terbuka Saling Sambung (OSI) yang terdiri daripada tujuh lapisan protokol. Setiap lapisan atur cara mempunyai fungsi yang berbeza untuk membolehkan komunikasi di antara program komputer dapat dilaksanakan. TCP/IP pula adalah contoh program yang mempunyai dua lapisan.
12345678910...

Kembali ke atas