apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif? | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: atur cara kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan; kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang. kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses; tentatif kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut. kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini. kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara. Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya. | Makna | 19.09.2023 |
Yang manakah ejaan yg betul? 1.atur cara 2. Atur acara 3. Aturcara 4. Aturacara Untuk makluman kesemua ada dalam carian kata. | Istilah yang mantap ialah "atur cara". Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 16.09.2015 |
Atur cara atau Atur acara? | Perkataan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 02.10.2015 |
Aturcara @ Atur Cara | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 07.10.2013 |
atur cara atau aturcara | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 15.11.2011 |
Aturcara atau Atur Cara ? | Ejaan yang betul ialah "atur cara" | Tatabahasa | 01.10.2014 |
yang mana betul & tepat atur cara atau atur acara?. terima kasih | Istilah yang betul ialah atur cara. | Istilah | 06.07.2011 |
ATURCARA @ ATUR CARA - MANA YANG BETUL URUSETIA @ URUS SETIA - MANA YANG BETUL | Ejaan yang betul ialah atur cara dan urus setia (ejaan dijarakkan). Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP,2020). | Ejaan | 12.09.2023 |
Mengenalpasti ejaan aturcara, sama ada atur cara atau aturcara. mana yang betul. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 06.07.2011 |
penggunaan perkataan yang mana adalah benar dalam sistem surat menyurat. Aturcara atau Atur Cara?? | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 01.04.2013 |