Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturan

Peribahasa

Cupak tegak yang diisi.

Bermaksud :

Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan DBP, "berteras pada aturan bahasa" atau "berteras kepada aturan bahasa" frasa yang betul? Sendi nama "pada" atau "kepada" yang harus digunakan di depan kata atau frasa nama bayangan (abstrak) seperti "aturan bahasa"? Pinta tuan tatap dan jawab soal saya yang diisikan dalam WordPad. Soal saya berbentuk surat yang dihantar kepada Dr. Awang Sariyan untuk dijawab. Tetapi, saya juga meminta tuan DBP menerangkan soal ini agar kelak saya tidak menggunakan bentuk frasa yang salah. Terima kasih.Lampiran yang digunakan tidak boleh dibuka. Mengikut rumus tatabahasa, ayat yang betul ialah "berteras pada aturan bahasa". Kami amat menghargai soalan yang dikemukakan oleh setiap pelanggan dan sukacita kami memaklumkan jika soalan itu boleh menimbulkan perdebatan, maka pegangan kami ialah rumus tatabahasa.Tatabahasa09.11.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin bertanya perihal kata asal. Apakah kata asal bagi sistem? Adakah aturan boleh digunapakai? Sebagai contoh Aturan Penghantaran (Transmission System).Tiada maklumat tentang etimologi perkataan "sistem". Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "sistem" bermaksud cara, aturan atau kaedah melakukan sesuatu.Makna19.01.2022
saya sedang membuat kajiselidik mengenai bahasa sapaan dalam komunikasi masyarakat kita. tetapi saya kurang maklumat mengenai aturan sapaan yang masayarakat kita gunakan. bolehkah pihak dewan membantu saya menerangkan aturan sapaan tersebut

Sdr. Cassira tini,

tentang buku mengenai kata sapaan, terdapat buku yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emiratus Asmah Hj. Omar yang mengkaji dan memberikan contoh-contoh yang jelas mengenainya. Jadi Sdr. bolehlah mendapatkan buku-buku tersebut di kedai-kedai buku.Terima kasih 

Lain-lain20.04.2008
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat bagi aturan di bawah bagi dokumen rasmi kerajaan- (a) Jam 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Jam 3.00 petang hingga 4.30 petang; atau (c) Jam 3.00 - 4.30 petang; atau (d) Jam 3.00 petang - 4.30 petang. Sekian, terima kasih. Siddiq BLPKKWaalaikumsalam,
Kedua-dua aturan masa di bawah ini boleh digunakan;
1. (a) Pukul 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang;
Ejaan03.09.2018
apakah maksud tata krama?Tatakarma bermaksud aturan, susunan atau sistem semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia.Makna24.05.2010
Tuan/Puan, Kami minta pertolongan anda untuk menyemak ejaan dan aturan ayat untuk banner kami. Banner ini singkat saja, kami hanya ingin memberitahu orang ramai yang bangunan kami untuk disewa. (lampir bersama sample banner untuk rujukan and approval DBP) Sekian Terima Kasih. HelenUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain15.05.2014
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007
Seperti yang diketahui, karya sastera mempunyai lesen puitika yang membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Persoalannya, apakah penggunaan 'ia' boleh digunakan dalam penulisan karya kreatif seperti novel? ('ia' merujuk kepada manusia). Kedua, apakah perlu digantikan dengan perkataan 'dia'?. Terima kasih.Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu...Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
 
Tatabahasa15.09.2018
Seperti yg kita tahu, karya sastera mempunyai lesen puitika yg membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Tapi apakah penggunaan ia (bagi merujuk manusia iaitu ganti nama diri ketiga) ini dibolehkan dalam penulisan sastera seperi novl sehinggakan apabila dibaca, ayat tersebut agak ganjil. Apakah perlu diganti perkataan tersebut kepada 'dia'? Atau apakah ada ketetapan mengenai perkara ini? Terima kasihTidak perlu digantikan penggunaan ia kepada dia kerana kedua-duanya ialah ganti nama diri orang ketiga selain beliau, mereka, -nya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 86-87.Tatabahasa12.09.2018
maksud peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjungMaksudnya, hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.Makna09.09.2008
1234

Kembali ke atas