Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tu.ran] | اتورن

Definisi : 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aturan

Peribahasa

Cupak tegak yang diisi.

Bermaksud :

Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orderaturanKesenianSeni BinaGaya dalam pembentukan tiang dan penyusunan hiasan tiang dalam seni bina klasik. Terdapat lima jenis aturan dalam seni bina klasik, iaitu aturan Corinth, aturan Doris, aturan Ionia, aturan Tuscany dan aturan komposit.
classical orderaturan klasikKesenianSeni BinaGaya dalam seni bina klasik yang dicirikan oleh reka bentuk dan hiasan pada tiang dan kepala tiang. Terdapat lima jenis aturan seni bina klasik yang utama, iaitu aturan Doris, aturan Ionic, aturan Corinth, aturan Tuscany dan aturan komposit yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
manneradat resamKesusasteraanTiadaAdat kebiasaan, atau aturan-aturan yang menjadi adat.
composite orderaturan kompositKesenianSeni BinaSalah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini menggabungkan bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan pada tiang berdasarkan penyatuan daripada aturan Ionia dan aturan Corinth.
Corinthian orderaturan CorinthKesenianSeni BinaSalah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan seni bina ini lebih tertumpu pada bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan terutamanya pada bahagian kepala tiang. Aturan Corinth paling beradun dan lebih banyak memasukkan unsur-unsur hiasan berbanding dengan aturan klasik yang lain. Hiasan aturan Corinth terdiri daripada corak berunsurkan daun akantus.
Doric orderaturan DorisKesenianSeni BinaSalah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan seni bina ini lebih tertumpu pada bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan terutamanya pada bahagian kepala tiang. Aturan jenis ini mempunyai reka bentuk tiang yang ringkas tetapi lebih berhias daripada aturan Tuscany.
Tuscan orderaturan TuscanyKesenianSeni BinaSalah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini mempunyai bentuk dan hiasan tiang yang paling ringkas berbanding dengan aturan tiang klasik yang lain.
fleming's ruleaturan flemingTeknikElektrikaturan bagi menentukan arah gerakan pengalir dalam medan magnet, arah daya garisan medan dan arah arus yang mengalir dalam pengalir, sama ada dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kiri. aturan ini amat berguna pada mesin (a.t.), dengan aturan tangan kanan digunakan bagi penjana dan aturan tangan kiri digunakan bagi motor. ibu jari menunjukkan arah gerakan pengalir, jari telunjuk menunjukkan arah arus, sementara jari tengah menunjukkan arah daya garisan medan.
mill grading ruleaturan penggredan kilang; aturan penggredan kisarKejuruteraanTiadaTiada
Ionic orderaturan IoniaKesenianSeni BinaSalah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan jenis ini mempunyai hiasan pada bahagian kepala tiang yang berbentuk seperti sesiput atau kertas bergulung. Selain itu, ia juga mempunyai struktur tiang yang lebih panjang yang menyebabkannya kelihatan lebih kecil berbanding dengan tiang daripada aturan klasik yang lain, mempunyai garis-garis berjalur dari bahagian atas hingga ke bawah tiang dan bahagian tengah tiang yang cembung.
12345678910...

Kembali ke atas