Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.dio] | اءوديو

Definisi : 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa perhubungan melalui salur­an pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. ber­kaitan dgn bunyi atau penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli-belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.dio] | اءوديو

Definisi : 1 bkn bunyi atau pendengaran: Drpd satu bahasa perhubungan, melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa pustaka. 2 berkaitan dgn bunyi dan penghasilan semula bunyi: Syarikat itu menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audio


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "video streaming", "audio streaming" dan yang sewaktu dengannya?

video streaming - penstriman video

audio streaming - penstriman audio

Istilah09.07.2011
Car Audio Accessories , BodykitUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Makna09.11.2017
Salam sejahtera. adakah pihak DBP menyimpan pantun,syair dan sajak Tingkatan 1,2,3 dalam bentuk audio?Untuk makluman saudari, pihak DBP tidak ada membuat rakaman audio untuk puisi-puisi tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.02.2009
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul?Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut.Istilah27.03.2012
Salam sejahtera, baru-baru ini DBP ada menganjurkan Canai Bahasa, sebagai saranan sahaja, bolehkah DBP anjurkan audio siar (podcast) yang khusus berkaitan dengan bahasa?Salam sejahtera tuan,

Terlebih dahulu, sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan, kerana menyokong program-program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cadangan tuan berhubung dengan penganjuran audio siar (podcast) berkaitan dengan bahasa, telah dipanjangkan kepada bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain30.11.2019
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
kedai kita adalah car audio accessories . kita ada jual barang sony .

Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain18.05.2017
Apakah perbezaan di antara perkataan AUDIO VISUAL dan DIGITAL? sila berikan definisi untuk kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

Makna audiovisual ialah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan (berkenaan usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar.

Manakala digital pula bermakna sesuatu yang beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data.

Makna17.03.2009
Apakah terjemahan "Mastering" dalam Bahasa Melayu? Mastering= Proses pasca rakaman audio.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah mastering ialah pemurnian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.09.2023
Bagaimanakah ejaan sebenar perkataan "resensi" (buku), yang boleh dengan lebih jelas menunjukkan cara sebutannya? 1) résénsi atau 2) resénsi Jika boleh, mohon sertakan juga rakaman audio cara sebutannya.
Sebutan bagi resensi ialah (résénsi), iaitu kedua-dua huruf e dalam perkataan tersebut merupakan e taling. Buat masa ini kami tidak mempunyai rakaman audio tentang cara sebutan sesuatu perkataan. 
Ejaan27.05.2022
123

Kembali ke atas