Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.dio.vi.su.al] | اءوديوۏيسوال

Definisi : (yg) melibatkan atau mengguna­kan pendengaran dan pelihatan (bkn usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dll), pandang dengar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audiovisual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audio-visualaudiovisualKomunikasiKorporatPeralatan elektronik atau bukan elektronik yang digunakan dalam aktiviti penerbitan bahan promosi dan publisiti. Antara jenis peralatan yang kerap digunakan termasuklan slaid, kaset, cakera padat (CD), atau radio serta suara latar perawi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan bunyi bagi mengiringi unsur visual yang diterbitkan. Bahan visual lain yang turut digunakan ialah gambar, model, dan papan putih. Apabila teknologi multimedia diperkenalkan, komputer dan pelbagai jenis perisiannya seperti Photoshop, Ilustrator, dan 3-D diaplikasikan secara meluas. Peralatan ini boleh digunakan untuk memberikan hasil yang sama atau lebih baik daripada teknologi lama. Dalam komukasi korporat, penggunaan alat audiovisual ini sangat biasa digunakan terutama dalam sesi taklimat, mesyuarat, atau pengurusan majlis.
special mechanical effectkesan khas mekanikalKomunikasiKorporatKesan audiovisual yang dihasilkan khusus bagi mewujudkan suasana bermakna kepada sesuatu acara. Keadan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan ciptaan seni, seperti kertas, asap, air, kabus, bahan pewarna, lampu, dan peralatan lain yang berkaitan. Penggunaan bahan ciptaan ini perlu digabungkan dengan peralatan audiovisual, mesin mekanikal, teknologi berkomputer, dan perisian multimedia. Dalam komunikasi korporat, pengurusan atau pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas mekanikal bagi mewujudkan daya tarikan khalayak. Melalui kaedah ini, khalayak akan lebih memberikan tumpuan pada acara yang dijalankan. Contohnya, acara pelancaran buku, pelancaran model kereta terbaharu, dan pelancaran barangan amanah saham akan lebih mendapat perhatian. Dalam bidang pengiklanan, kesan khas mekanikal digunakan untuk menghasilkan iklan jalanan yang memberikan kesan pergerakan, kesan pertukaran warna, dan kesan lain yang diperlukan. Kerja penciptaan kesan khas tersebut biasanya dilakukan oleh sekumpulan pakar kejuruteraan mekanikal melalui syarikat perunding penggunaan acara atau melalui syarikat khusus yang menyediakan perkhidmatan kesan khas mekanikal.
teasercuitanKomunikasiKorporatMaklumat dalam bentuk tulisan, simbol dan audiovisual yang dicipta dan diterbitkan secara stategik pada peringkat awal sesuatu persembahan kempen, tulisan iklan, dan penerbitan iklan radio dan televisyen. Tujuannya adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak bagi meningkatkan rasa ingin tahu mengenai maklumat yang seterusnya. Bagi siaran televisyen dan radio, cuitan biasanya diolah dan dipersembahkan secara montaj, sama ada dalam bentuk dialog dramatik dan komedi serta pemaparan kenyataan yang tergantung dan bermakna. Kandungan cuitan biasanya berkait rapat dengan mesej utama sesuatu iklan atau penerbitan.
association cortexkorteks gabunganSains SukanBiomekanikKawasan khusus pada korteks serebrum, tempat berlakunya proses integrasi pelbagai jenis impuls. Contohnya, proses integrasi sensorimotor dan audiovisual.
opening signaturetanda pengenalanKomunikasiKorporatBahagian awal sesuatu penerbitan yang digunakan sebagai alat untuk memperkenalkan sesuatu rancangan radio, televisyen, dan video korporat. Bahagian ini dipersembahkan dalam bentuk audiovisual untuk penerbitan televisyen dan video korporat, manakala untuk rancangan radio,dipersembahkan dalam bentuk audio sahaja. Dalam penerbitan rancangan radio dan televisyen, proses penerbitan tanda pengenalan ini sangat strategik kerana berfungsi untuk menangkap perhatian khalayak, dan pada masa yang sama perlu menonjolkan identiti rancangan. Bagi penerbitan video korporat, tanda pengenalan perlu untuk menonjolkan identiti, falsafah, dan citra organisasi. Tanda pengenalan di persembahkan melalui gabungan pelbagai medium menggunakan aplikasi multimedia.
event scriptskrip acaraKomunikasiKorporatIdea yang disusun menjadi teks yang mengandungi makna untuk membantu melancarkan pengurusan sesuatu acara seperti acara rasmi dan acara kebudayaan. Pengolahan idea dilakukan berasaskan kepada sifat dan matlamat acara tersebut. Teks boleh mengandungi maklumat dalam bentuk audiovisual dan lisan. Teks audio biasanya mencatatkan maklumat mengenai muzik dan kesan bunyi yang hendak digunakan. Teks mengenai visual pula menjelaskan unsur visual yang diperlukan, seperti kedudukan lampu, pergerakan keluar masuk pentas, dan penggunaan alat LCD. Maklumat yang kerap dimasukkan dalam skrip acara ialah susunan acara dan masa, jumlah masa yang digunakan dalam sesuatu segmen acara, penjelasan mengenai aktiviti yang terlibat semasa sesuatu acara berlangsung, maklumat dalam bentuk lisan yang digunakan oleh pengacara, dan catatan arahan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan sesuatu segmen acara. Skrip acara yang lengkap perlu diedarkan kepada pihak pengurusan acara termasuklah pengurus pentas, pegawai yang mengawal sumber cahaya dan audiovisual, pengacara, dan pihak penganjur.
in housedalamanKomunikasiKorporatAspek tertentu dalam pengurusan komunikasi yang diuruskan sendiri oleh organisasi atau syarikat dan biasanya dikendalikan oleh pihak perunding. Contoh pengurusan komunikasi tersebut ialah penyuntingan dan penerbitan bahan bercetak, terjemahan, penerbitan audiovisual, penyelidikan, pengurusan acara, perakaunan, dan pengurusan hubungan media. Dalam konteks ini, sesebuah organisasi syarikat akan menyediakan kemudahan peralatan dan kepakarannya sendiri bagi memudahkan urusan aktiviti organisasi. Pendekatan ini biasanya dilakukan oleh organisasi atau syarikat besar. Selain mengurangkan kos jangka panjang, pendekatan ini juga memudahkan pihak pengurusan memenuhi objektif aktiviti organisasi atau syarikat kerana kepakaran dalaman leibh memahami kehendak dan nilai organisasi atau syarikat berbanding kepakaran luar.
account plannerperancang pengiklananKomunikasiKorporatIndividu yang bertanggungjawab men -cipta, melaksanakan, dan menyusun strategi sesuatu kerja kreatif. Individu ini memainkan peranan penting dalam menerajui kerja penciptaan dari peringkat idea, pembangunan idea, serta perancangan dan penterjemahan idea ke dalam bentuk audiovisual. Individu ini berpengaruh dalam industri pengiklanan kerana kepekaannya terhadap mutu, keperluan pasaran, khalayak, dan persaingan. Tahap kebolehan dan kewibawaan perancang akaun ini boleh menentukan peringkat kecekapan pengurusan akaun sesebuah agensi pengiklanan. Sinonim perancang akaun.
special spectacular effectkesan khas gemilangKomunikasiKorporatHasil gabungan penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan canggih dalam iklan jalanan yang memberi impak menakjubkan. Peralatan iklan yang digunakan biasanya bersaiz besar dan menggunakan ruang yang luas. Kesan khas gemilang biasanya menggunakan unsur audiovisual dan teknik pencahayaan yang direka bentuk khusus untuk mewujudkan kesan tersebut. Tujuan penggunaan kesan khas gemilang adalah untuk mendapatkan perhatian khalayak dan meninggalkan kesan ingatan mesej yang disampaikan. Oleh sebab kos pengurusan yang tinggi, syarikat dan organisasi yang berkemampuan sahaja yang dapat menggunakan kesan khas gemilang ini.
copyright lawUndang-undang hak ciptaTeknologi MaklumatTiadaUndang-undang yang memberi hak yang sah kepada pemegang hak cipta suatu harta intelektual untuk menyalin, mengadaptasi, mempamer dan mengedar hasil kerja intelektual mereka kepada orang awam. Dalam komputeran, hasil kerja atau harta intelektual yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta adalah seperti perisian komputer, rekabentuk, permainan komputer, grafik, algoritma, pangkalan data, fotograf, imej, audiovisual, filem dan animasi multimedia. Contohnya di Malaysia Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997 telah dipinda untuk memberikan perlindungan penuh kepada pembangun multimedia. Tujuannya untuk memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh dipersembah sebagai kerja orang lain, melarang persembahan sesuatu kerja dalam bentuk yang telah diubah suai serta mengelakkan pindahan dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik.
12

Kembali ke atas