Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.di.to.rium] | اءوديتوريوم

Definisi : dewan (ruang dlm bangunan dsb) utk para penonton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.di.to.rium] | اءوديتوريوم

Definisi : ruangan atau dewan tempat para penonton menyaksikan sesuatu pertunjukan; ruangan tempat berkumpul utk mendengar sesuatu dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata auditorium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auditoriumauditoriumKejuruteraanTiadaTiada
auditoriumauditoriumKesenianDrama dan Teater1. Bangunan khusus untuk sesuatu persembahan seperti teater. 2. Ruang dalam sesebuah bangunan untuk aktiviti seni persembahan.
acousticakustikKesenianDrama dan TeaterKesan lantunan bunyi yang terhasil di dalam auditorium atau panggung. Kualiti akustik yang lebih baik atau kurang baik bergantung pada bahan binaan dan kelengkapan yang digunakan untuk mengimbangi bunyi dalam ruang auditorium atau panggung. Dalam persembahan drama, akustik boleh memberikan kesan dramatik kepada penonton.
off-broadwayoff-broadwayKesusasteraanTiadaPersembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat.
house lightlampu panggungKesenianDrama dan TeaterSejenis lampu yang menerangi ruang dalam auditorium. Lampu ini akan disuramkan sebelum pementasan bermula dan digelapkan apabila pementasan berlangsung.
control roombilik kawalanKesenianDrama dan TeaterRuang khas yang menempatkan dan mengawal peralatan audio dan pencahayaan dalam panggung atau auditorium khusus untuk teater.
light dimmer controlkawalan pemalap cahayaKejuruteraanTiadaLitar, biasanya menggunakan reaktor boleh tepu, yang digunakan untuk mengawal kecerahan cahaya dalam panggung, auditorium dan lain-lain lagi.
insulating boardpapan penebatanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan gentian yang tebat haba dan tebat bunyi yang mempunyai ketumpatan tidak melebihi 400 kg/m3, dan tebalnya tidak kurang daripada 13 mm. Papan ini digunakan bagi mengurangi kesan haba dan bunyi, seperti pada siling rumah dan di dalam auditorium.
aisleruang sayapKesenianSeni Bina1. Laluan lurus di antara ruang utama dan ruang sekunder di dalam bangunan yang panjang, dipisahkan oleh arked, barisan tiang atau dinding skrin. Laluan ini biasanya digunakan sebagai galeri dan mungkin mempunyai tingkap cahaya atasan sepanjang laluannya. 2.��Laluan utama di antara susunan barisan kerusi seperti di dalam gereja dan auditorium.

Kembali ke atas