Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öau.rat]/[au.rat] | عورة

Definisi : Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh keli­hat­an atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öau.rat]/[au.rat] | عورة

Definisi : bahagian badan yg tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aurat

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika 'pusat membeli-belah' salah dan seharusnya 'pusat beli-belah', adakah 'zon menutup aurat/ ruang menunggu/ sekolah memandu' harus menjadi 'zon tutup aurat/ ruang tunggu/ sekolah pandu'?Zon menutup aurat, ruang menunggu, sekolah memandu boleh digunakan kerana pengunaannya telah mantap.Tatabahasa01.04.2019
Barang siapa masuk ke dalam masjid ini hendaklah berpakaian menutup aurat. Perkataan barang siapa dalam ayat ini baku? Jika tidak, wajarkah digantikan dengan perkataan sesiapa?Perkataan barang siapa boleh digantikan dengan sesiapa. Penggunaan barang siapa dalam ayat tersebut digunakan dalam laras agama. Tatabahasa06.01.2009
Apakah padanan untuk "inner" baju? Pakaian ini dipakai oleh para Muslimah untuk menjaga aurat ketika memakai pakaian yang agak jarang atau berlengan pendek. Namun jika padanannya "pakaian dalam" atau "baju dalam", bukankah itu merujuk kepada anak baju yang membawa imej yang amat berbeza?Cadangan kami terjemahan untuk perkataan inner yang kebiasaannya dipakai oleh muslimah ialah pakaian lapis dalam.Makna08.01.2022
Apakah terjemahan bagi perkataan TUDUNG dalam Bahasa Inggeris?Perkataan "tudung" yang puan tanyakan terlalu umum.  Jika "tudung" yang dimaksudkan ialah kain yang digunakan untuk menutup kepala dan aurat wanita padanan bahasa Inggeris yang sesuai ialah "head-cloth".  Ada beberapa padanan lagi yang berbeza yang boleh digunakan. Puan boleh merujuk laman web kami prpm.dbp.gov.my (istilah bahasa Malayu) untuk maklumat lanjut.Lain-lain16.05.2017
Bantuan penyemakan terjemahan: 1. "Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersih bahagian aurat. 2. "Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin" BM: Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alahan walaupun pada kulit sensitive. 3. Dermatologist tested BM: Telah diuji secara dermatologi atau Telah diuji oleh pakar kulit? Terima Kasih.1. Clinically proven not to induce skin reaction even with repeated use on the intimate area - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit walaupun digunakan berulang kali untuk membersihkan bahagian intim.

2. Clinically proven not to induce skin irritation and allergic reaction even for sensitive skin - Terbukti secara klinikal tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan tindak balas alahan walaupun pada kulit sensitif.

3. Dermatologist tested - Telah diuji oleh pakar dematologi.
Penyemakan dan penterjemahan13.06.2016
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022
Hanim Husin Jun 27th, 2:41pm Assalamualaikum & Salam 1Malaysia! Saya Hanim dari PJ. Saya ingin mendapatkan kebenaran daripada cik/puan/tuan untuk mengadakan Bengkel/Slot demo Penggayaan Selendang dengan mudah dan pantas sesuai dengan peredaran masa yang memerlukan kita bergerak pantas dalam kehidupan seharian. Saya mempunyai kumpulan @ Hijab Stylist Team yang diterajui oleh Hijab Stylist yang semakin meningkat naik iaitu Puan Anizon Hussin, mantan Editor bagi Majalah Dara.Com. Bengkel/Slot yang bakal diadakan ini adalah percuma selama 1 1/2 jam dan ianya bertujuan untuk membantu para muslimah menggayakan tudung dengan cepat disamping menutup aurat. Slot ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim diantara jabatan/staff pihak cik/puan. Diharap aktiviti akan mendapat pertimbangan daripada pihak cik/puan/tuan. InsyaAllah! Sekian, HANIM 016-9052046Sila hubungi Bhg. Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.06.2014

Kembali ke atas