Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata austria


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUSTRIA-HUNGARY

Austria-Hungary, juga dinamai Monarki Austria-

Hungary dan dwimonarki ialah sebuah negara di

Eropah tengah dari tahun 1867 hingga tahun 1918.

Austria-Hungary telah dibentuk daripada Empayar

Austria, termasuk Kerajaan Hungary.

UMUM 
SEYSS-INQUART, ARTHUR VON

Seyss-Inquart, Arthur von (1892–1946) ialah

pemimpin Nazi Austria yang terkenal. Sebagai

penasihat kepada canselor Austria pada tahun

1930-an, Seyss-Inquart mengkhianati negaranya

dan membantu Adolf Hitler merampas Austria.

Apabila Austria menjadi wilayah Jerman pada

tahun 1938, Seyss-Inquart dilantik menjadi

gabenor. Dia memegang jawatan yang serupa di

Belanda semasa Perang Dunia II (1939–1945).

Selepas perang, dia telah dibicarakan dan

digantung di Nuremberg, kerana dasarnya

yang menindas rakyat. Dia lahir di Stannern,

Bohemia.

UMUM 
AUSTRIA

Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang

terkenal dengan keindahan pemandangan

pergunungannya. Pergunungan Alps yang

menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi

barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di

banyak kawasan, lembah yang luas, dan

menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria

mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih.

Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara

ini.

UMUM 
PERANG AUSTRIA-SARDINIA

Perang Austria-Sardinia lihat Itali.

UMUM 
PERANG AUSTRIA-PRUSSIA

Perang Austria-Prussia lihat Perang Tujuh

Minggu.

UMUM 
PERANG REBUTAN TAKHTA AUSTRIA

Perang Rebutan Takhta Austria lihat

Perang rebut takhta.

UMUM 
PERANG TUJUH MINGGU

Perang Tujuh Minggu juga dikenali sebagai

Perang Austria-Prussia, berlaku antara bulan Jun

dan Ogos tahun 1866. Austria dan kebanyakan

negeri di Jerman bertempur dengan Prussia dan

Itali. Otto von Bismark, perdana menteri Prussia

menggunakan perang itu sebagai sebahagian

daripada kempennya untuk memaksa tentera

Austria berundur dari Persekutuan Jerman dan

menjadikan Prussia sebagai kuasa mutlak di

Jerman.

UMUM 
SALZBURG

Salzburg (pend. 138 213) ialah bandar yang

terletak di pergunungan barat laut Austria. Untuk

lokasi, lihat Austria (peta). Salzburg paling terkenal

kerana pesta muzik tahunannya yang menarik

minat pencinta muzik dari seluruh dunia. Wolfgang

Amadeus Mozart, salah seorang penggubah yang

teragung di dunia lahir di Salzburg. Salzburg ialah

ibu provinsi Salzburg.

UMUM 
PERJANJIAN SAINT GERMAIN

Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat

dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik

Austria menandatangani Perjanjian St. Germain

pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat

dan negara gabungan menandatangani perjanjian

ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya

Romania dan juga negara yang kemudiannya

dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara

Berikat yang melambat-lambatkan proses

menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara

ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang

diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah

beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya

dipujuk untuk menandatangani dokumen ini.

Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan

perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian

ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920.

UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas