Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (austronésia) semua pulau yg ter­letak di Lautan Pasifik Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia, dan New Zealand: bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa ~ yg terdiri drpd lebih kurang 4000 bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata austronesia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah asal usul bahasa melayu?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain29.08.2023
Adakah bahasa melayu dengan bahasa indonesia mempunyai assal usul yang sama?Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain08.10.2012
sejarah pembinaan bahasa melayuBahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan.Lain-lain01.09.2007
apakah sejarah bahasa melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain14.12.2007
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Bahasa Melayu abad Ke-7?Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar Linguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan. Saudara juga boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 7.  Lain-lain20.11.2010
Definisi Bahasa Melayu

Saudara Mai,

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara  Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya.

Makna06.08.2009
Sila beri definisi bahasa melayu/malaysia standard/bakuBahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu Polenesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu standard atau baku ialah bentuk bahasa, ejaan dan sebagainya yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya.Makna20.11.2007
Saya Masimoh sedang belajar bahasa Malayu dasar,ingin tertanya . Bahasa Melayu berasal dari mana.Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
saya ingin dapatkan maklumat tentang sejarah, ciri-ciri dan fungsi bahasa melayu. Sekian, tqBahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu selain sebagai bahasa kebangsaan dan  bahasa rasmi, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain26.07.2009
1234

Kembali ke atas