Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 5. source of information accepted as authoritative, approp n yg berwibawa (yg dirujuk): you must quote your authorities, kamu mesti menyebut buku yg berwibawa yg dirujuk; 6. expert in a particular field, orang yg berwibawa, pakar, ahli: an ~ on Malay custom, pakar dlm adat Melayu; 7. public board, agency, lembaga: port ~, lembaga pelabuhan; have it on good ~, mendapat tahu dr sumber yg /dapat, boleh/ dipercayai; have it on the ~ of so., /menurut, mengikut/ keterangan sso: I have it on the ~ of the Vice-Chancellor that..., menurut keterangan Naib Canselor...; be in ~, berkuasa: whoever is in ~..., sesiapa saja yg berkuasa...; of ~, berwibawa: a man of ~, lelaki yg berwibawa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. power, right to exact obedience, judge, etc, a. (leg.) kuasa: he had no ~ to act on the matter, dia tdk mempunyai kuasa utk bertindak dlm hal itu; a teacher has ~ over his pupils, guru mempunyai kuasa thdp murid-muridnya; b. (moral ) kewibawaan: he questioned the ~ of his father, dia mempersoalkan kewibawaan bapanya; c. (randomly exercised ) pengaruh: he exercised absolute ~ over the younger children, dia mempunyai pengaruh sepenuhnya thdp kanak-kanak yg lebih muda daripadanya; 2. (esp in pl) person, body having such power, pihak berkuasa: the university authorities, pihak berkuasa universiti; 3. delegated power, kuasa yg diberikan: he was acting on the manager’s ~, dia bertindak dgn kuasa yg diberikan oleh pengurus; 4. influence, power resulting from knowledge etc, kewibawaan: his ~ as a critic was undeniable, kewibawaannya sbg pengkritik tdk dapat dinafikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata authority


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY –FELDA) UMUM 
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
RIDA

RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FELDA

FELDA, agensi berkanun. FELDA ialah singkatan Federal LandDevelopment Authority (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). FELDA ditubuhkan pada tahun 1956. Tujuan FELDA ditubuhkan adalah untuk membangunkan tanah dan menempatkan penduduk di kawasan yang baru diteroka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
FAMA

FAMA, agensi berkanun. FAMA ialah singkatan Federal Agricultural Marketing Authority (Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan). FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dan diletakkan di bawah Kementerian Pertanian. Ibu pejabat FAMA di Kuala Lumpur. Khidmatnya disalurkan melalui rangkaian pejabat pada peringkat negeri dan daerah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MARA

MARA, agensi berkanun. MARA ialah singkatan Majlis Amanah Rakyat. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen 1966, sebagai sebuah badan berkanun. Sejarah penubuhan MARA adalah berikutan bubarnya Rural and Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan yang telah ditubuhkan pada tahun 1950 untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas