Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.tis.me] | اءوتيسمى

Definisi : (Psi) gangguan mental yg mula mun­cul pd peringkat kanak-kanak yg menye­babkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dgn masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.tis.me] | اءوتيسمى

Definisi : ist gangguan mental pd peringkat kanak-kanak yg menyebabkan pesakit berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autismautismePendidikanTiadaTiada
autismautismePerubatanTiadaKeadaan kanak-kanak yang tidak bergerak balas terhadap orang lain serta sukar untuk bertutur.
autismautismePerubatanTiadaKeadaan kanak-kanak yang tidak bergerak balas terhadap orang lain serta sukar untuk bertutur.
autismautismeSosiologiTiadaTiada
autismautismePsikologiTiadaTiada
autismautismePendidikanTiada

 Kecacatan yang terjadi pada kanak-kanak yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran. komunikasi dan sosialisasi

autismautismePerubatanTiadaKeadaan yang berlaku apabila seseorang dikongkong oleh pemikiran subjektif dan memusatkan fikirannya pada dirinya sendiri. Akibatnya individu berkenaan suka memencilkan diri dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.
autismautismePerubatanPsikiatriKeadaan kanak-kanak yang tidak bertindak balas terhadap orang lain dan sukar untuk bertutur.
infantile autismautisme infantilPerubatanTiadaGangguan komunikasi dan tingkah laku yang teruk, yang bermula sejak lahir tetapi menjadi ketara semasa seseorang berumur tiga tahun, yang menyebabkan pemencilan diri dan keinginan yang mendalam terhadap sesuatu benda atau suasana yang sama.
infantile autismautisme kanak-kanakPerubatanTiadaGangguan komunikasi dan tingkah laku yang teruk, yang bermula sejak lahir tetapi menjadi ketara semasa seseorang berumur tiga tahun. Antara ciri penyakit ini ialah pemencilan diri walaupun dengan ibu pesakit dan keinginan yang mendalam terhadap sesuatu benda atau suasana yang sama. Penyakit ini juga mengganggu penguasaan bahasa pesakit.
12

Kembali ke atas