Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd keseluruhannya memboleh­kan pelbagai aspek dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan bank memberikan penekanan terhadap peng­gunaan komputer dan ~; mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan secara automasi: bebe­rapa langkah sedang diambil utk ~ sistem pengeluaran yg sedia ada; pengautomasian perihal atau proses meng­automasikan: ~ Pusat Sumber Sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ma.si] | اءوتوماسي

Definisi : sistem pelaksanaan tugas yg menggunakan mesin secara automatik yg pd keseluruhannya membolehkan pelbagai tugas dan proses kerja dilakukan dgn sedikit sahaja atau tidak sama sekali memerlukan tenaga manusia: Pd tahun 1980-an, bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan ~. mengautomasikan menjadikan sesuatu berjalan secara automasi: Kumpulan itu berusaha utk ~ sistem pengeluaran yg ada. pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa kata "pembekal alat-alat otomasi" boleh diguna pakai untuk papan iklan. TQ

Gunakan frasa "Pembekal Peralatan Automasi".

Istilah29.09.2011
Saya ingin meminta pihak DBP untuk memberi nasihat dan pengesahan bagi tatabahas / ejaan untuk Papan Tanda syarikat yang akan dipaparkan di depan tembok syarikat. Pengesahan diperlukan untuk proses Lesen perniagaan MPK juga. Harap nasihat & pengesahan dari pihak DBP secepat munkin. Sekian, terima kasih. KLWongSila betulkan keterangan iklan "Pusat kejuruteraan Automasi" dan ... Sdn. Bhd. (letak titik). Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain03.08.2016
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
1) Building Automation System 2) Power Energy Monitoring 3) Chiller Management System 4) Scada / PLC System 5) Service / Maintenance Apakah istilah dalam bahasa melayu? diharapkan tuan/puan yang dihotmati dapat membantu





Berikut merupakan padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan yang dinyatakan:

1. Building Automation System: Sistem Automasi Bangunan



2. Power Energy Monitoring: Pengawasan Tenaga Kuasa



3. Chiller Management System: Sistem Pengurusan Pendingin



4. SCADA/PLC System: Sistem SCADA/PLC



5. Service/maintenance: Khidmat/penyelenggaraan







Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Makna20.10.2020

Kembali ke atas