Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ma.tik] | اءوتوماتيک

Definisi : bkn sesuatu yg bergerak atau me­lakukan sesuatu dsb dgn sendirinya (alat, mesin, dsb); secara ~ a) dgn sendirinya, dgn (hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (bkn alat, mesin, dsb), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dgn penggunaan alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (bkn kerja dsb); b) dgn tidak berfikir-fikir dsb terlebih dahulu (bkn sesuatu tindakan dsb); c) dgn tidak perlu dilakukan (diuruskan, disele­saikan, dsb) sesuatu terlebih dahulu (bkn kedu­dukan, perjalanan, dsb sesuatu); mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik; pengautomatikan perihal (proses, tinda­kan dsb) menjadikan sesuatu automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ma.tik] | اءوتوماتيک

Definisi : 1 dpt bergerak atau bekerja sendiri (ttg mesin, jentera dsb). 2 (bkn tindakan) dilakukan tanpa berfikir atau secara tidak disedari. mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik. pengautomatikan perihal atau proses mengautomatikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automatik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan. Ayat di atas hanya CONTOH. Tak perlu tahu konteks kerana hanya CONTOH. Soalan saya tentang ADVERBA. MENGAPA ADVERBA HADIR SELEPAS KATA NAMA dan BUKANNYA KATA KERJA? BUKANKAH ADVERVA ITU MENERANGKAN KATA KERJA? Saya tanya tentang ADVERBA, bukan kata kerja, kenapa asyik nak menjawab tentang kata kerja? Tak kisahlah kata kerja itu adalah mematikan, menutup, menjerit, menyiram dll., saya hanya gunakan itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang ADVERVA and PELETAKANNYA. Adverba - secara automatik - MENGAPA KEDUDUKANYA ADALAH mematikan secara automatik dan bukannya mematikan secara automatik pintu Soalan yang mudah tapi saya tanya lain, anda jawab lain. Mohon pegawai yang lebih berpengalaman menjawab soalan.Bentuk ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik." Rumus yang digunakan dalam ayat ini ialah kata kerja transitif (KKT). Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata "pintu" sebagai kata nama. Klausa "secara automatik" pula merupakan keterangan cara dalam ayat.Tatabahasa01.09.2022
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu. Anda tidak memberikan penjelasan sebabnya. Fokus pada adverba bukan kata kerja sebab soalan saya ialah tentang peletakan adverba bukan kesesuaian kata kerja yang digunakan sebab itu hanya contoh untuk peletakan adverba. Malah konteks mematikan sudah banyak digunakan dalam teknologi, IT mengapa tiba-tiba dikatakan tidak sesuai pula?Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan.Tatabahasa26.08.2022
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik.Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu.
Tatabahasa26.08.2022
Mohon nyatakan terjemahan yang sesuai untuk istilah AutoCorrect (dalam Word, C huruf besar). Kemungkinan yang telah difikirkan: AutoCorrect (istilah asal dikekalkan), Koreksi Auto, Pembetul Automatik, dan Pembetulan Automatik. Terima kasih.Padanan yang sesuai bagi autocorrect ialah autobetul.Istilah23.10.2006
Automatik adakah betul dalam bahasa malaysia?

Saudara Lelaa,

Ejaan perkataan 'automatik' dalam bahasa Malaysia betul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat .

Ejaan23.07.2009
Selamat pagi. Apakah cadangan terjemahan bagi perkataan 'autopay' yang bermaksud mesin bayaran automatik tempat letak kereta? Terima kasihPerkataan autopay belum ada padanan dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan autopay diterjemahkan kepada autobayar atau mesin bayaran automatik.Istilah25.06.2012
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'automatic' atau 'automate'? Buat masa sekarang saya menggunakan automatik dan mengautomatikkan walaupun berbunyi sedikit janggal. Adakah kita mempunyai perkataan sendiri yang tidak dipinjam bagi perkataan-perkataan tadi? Terima kasih!Padanan yang sesuai bagi perkataan 'automatic' dalam bahasa Melayu ialah 'automatik'.  Manakala padanan untuk 'automate' pula ialah 'mengautomatikkan'.  Tiada perkataan lain dalam bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan tersebut. Makna06.01.2021
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama.Istilah19.10.2012
bagaimanakah untuk mendapatkan kamus dewan secara automatik di dalam komputer? kerana saya memerlukan pengertian yang tepat seperti sensitiviti agamaUntuk boleh membuat carian pantas sdr. boleh merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaaka. Lain-lain15.02.2011
Pengguna akan disekat oleh sistem jika mengunci masuk kata laluan yang salah. Sistem akan nyahsekat (unblock) pengguna secara automatik selepas tiga hari. Adakah perkataan nyahsekat boleh dan betul untuk digunakan?Perkataan "nyahsekat" boleh digunakan.Makna08.03.2022
1234

Kembali ke atas