Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ma.tik] | اءوتوماتيک

Definisi : bkn sesuatu yg bergerak atau me­lakukan sesuatu dsb dgn sendirinya (alat, mesin, dsb); secara ~ a) dgn sendirinya, dgn (hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (bkn alat, mesin, dsb), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dgn penggunaan alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (bkn kerja dsb); b) dgn tidak berfikir-fikir dsb terlebih dahulu (bkn sesuatu tindakan dsb); c) dgn tidak perlu dilakukan (diuruskan, disele­saikan, dsb) sesuatu terlebih dahulu (bkn kedu­dukan, perjalanan, dsb sesuatu); mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik; pengautomatikan perihal (proses, tinda­kan dsb) menjadikan sesuatu automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ma.tik] | اءوتوماتيک

Definisi : 1 dpt bergerak atau bekerja sendiri (ttg mesin, jentera dsb). 2 (bkn tindakan) dilakukan tanpa berfikir atau secara tidak disedari. mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik. pengautomatikan perihal atau proses mengautomatikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automatik


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suis automatik-insani(auto-man switch)Suis yang terdapat pada sistem automatik yang dapat menukarkan pengendalian daripada automatik kepada manual, atau sebaliknya.Kamus Komputer
automatik(automatic)Berkaitan proses atau peranti yang dapat berfungsi dalam keadaan tertentu tanpa penglibatan langsung manusia.Kamus Komputer
automatik1. dpt bergerak atau bekerja sendiri (ttg mesin, jentera dsb). 2. (bkn tindakan) dilakukan tanpa berfikir atau secara tidak disedari.Kamus Pelajar
hentian automatik(automatic stop)Pemberhentian sesuatu pemprosesan secara automatik apabila kewujudan ralat, masalah, atau kegagalan dikesan.Kamus Komputer
penutupan automatik(automatic shutdown)Tindakan komputer mematikan dirinya secara automatik dan bersistem selepas diarahkan oleh pengguna atau selepas suatu syarat yang ditunggu dipenuhi.Kamus Komputer
suis alih automatik(automatic switchover)Proses pemindahan kawalan secara automatik daripada sistem utama kepada sistem sokongan apabila sistem utama gagal meneruskan tugasnya.Kamus Komputer
pemulihan automatik(automatic recovery)Sifat sistem yang dapat memulihkan dirinya secara automatik selepas terjadinya kegagalan.Kamus Komputer
carta alir automatik(automated flowchart)Carta alir yang dilukis secara automatik oleh komputer daripada kod mirip yang diberikan.Kamus Komputer
pengekodan automatik(automatic coding)Rutin bahasa mesin yang disediakan untuk menjanakan kod atur cara secara automatik.Kamus Komputer
mesin juruwang automatikmesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas