Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.no.mi] | اءوتونومي

Definisi : pemerintahan (pentadbiran, pengu­rusan) sendiri, hak mengurus pemerin­tahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa pe­ngua­saan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.no.mi] | اءوتونومي

Definisi : hak memerintah atau mengurus sendiri; bebas drpd kuasa lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autonomi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah contoh ayat yang mengandungi perkataan autonomi?Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran) sendiri tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain.

Contoh ayat yang mengandungi perkataan autonomi: Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia.
Lain-lain20.09.2023
maksud autonomi, penyayang & kerahsiaan

Saudara,

Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

Maksud penyayang ialah orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan

Maksud kerahsian ialah perihal rahsia.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.12.2009
maksud bagi kuasa autonomi,hidrogen&krimerKuasa autonomi ialah kuasa atau hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain). Hidrogen ialah gas paling ringan, tidak berwarna, tidak berbau, mudah terbakar, dan apabila berpadu dgn oksigen menjadi air. Krimer ialah serbuk atau cecair berwarna putih yang menggantikan susu dalam minuman teh, kopi dan sebagainya.Makna17.03.2007
Asslamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. Terima kasih.Penambahbaikan untuk ayat tersebut:

Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab terhadap penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. 
Tatabahasa13.02.2022
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "autonomously"? 1) Secara autonomi 2) Secara berautonomi 3) Lain-lain (sila berikan cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Secara terjemahan langsung, autonomously boleh diberikan padanan secara autonomi atau berautonomi bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  

Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
1. Autonomy support - Sokongan Autonomi
2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian
3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi
4. Mastery goals - Matlamat penguasaan
5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan
Tatabahasa18.11.2015
peranan dewan bahasa pustaka

Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia.

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Lain-lain08.04.2008
Salam sejahtera.Adakah auto termasuk dalam imbuhan pinjaman(awalan).Terima kasihAuto- merupakan awalan YunaniLatin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian.  Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM).Tatabahasa16.02.2017
Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan.Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian.  Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM).Tatabahasa19.03.2014
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah:
 
1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya
2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan
3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh
4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan
5. Cybersecurity - Keselamatan Siber
6. Systems Integration - Sistem Bersepadu
7. Internet of Things - Internet Benda
8. Simulation - Simulasi
9. Advanced Materials - Bahan Termaju
10. Autonomous Robots - Robot autonomi
11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam
12. enabling technologies - Teknologi pemboleh
Terima kasih
Makna03.10.2018
12

Kembali ke atas