Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.top.si] | اءوتوڤسي

Definisi : (Ubat) pembedahan dan pemeriksaan mayat utk menentukan atau mengetahui sebab-sebab kematian; mengautopsi melakukan autopsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.top.si] | اءوتوڤسي

Definisi : ist pemeriksaan ke atas mayat utk mencari dan menentukan punca kematian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autopsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOPSI

Autopsi ialah pemeriksaan luaran dan dalaman

ke atas mayat. Ia juga dikenali sebagai nekropsi

dan pemeriksaan bedah siasat .

UMUM 
BICHAT, MARIE FRANÇOIS XAVIER

Bichat, Marie François Xavier (1771–1802)

ialah pakar bedah, ahli anatomi dan ahli fisiologi

Perancis. Dia ialah ahli sains pertama mengasaskan

anatomi dan fisiologi pada kajian tisu dan bukan

pada organ. Bichat ialah salah seorang pengasas

histologi , kajian tentang struktur halus haiwan

dan tisu sayuran. Dia menggesa penggunaan

autopsi dalam mengkaji penyakit, dan dia sendiri

melakukan lebih daripada 600 autopsi.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 

Kembali ke atas