Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ri.ta.tif] | اءوتوريتاتيف

Definisi : 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadi­kan pegangan: pd umumnya kecekapan se­suatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-pe­niaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ri.ta.tif] | اءوتوريتاتيف

Definisi : 1 berkuasa penuh, berwibawa: pihak yg ~. 2 diiktiraf sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: Mereka menghasilkan sebuah kamus yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autoritatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
authoritativesahih/autoritatifPentadbiranPentadbiran Awam

Sifat sesuatu sumber atau perkara yang diakui ketepatan, kebenaran atau kepastiannya. Dalam konteks pentadbiran awam, autoritatif berkait rapat dengan sesuatu peraturan, keputusan, tindakan, maklumat atau perintah. Contohnya, keputusan yang sahih adalah keputusan yang dibuat melalui mesyuarat atau arahan pihak atasan secara bertulis. Tindakan yang sahih pula ialah tindakan yang dibuat berdasarkan arahan dan undang-undang.

authoritative approachpendekatan autoritatifPentadbiranTiadaTiada
authoritative approachpendekatan autoritatifPerhutananTiadaTiada
authoritative approachpendekatan autoritatifPerubatanTiadaTiada
authoritative newsberita autoritatifKomunikasiTiadaBerita yang diterima daripada sumber yang berwibawa dan mempunyai pengetahuan serta diperakui bidangnya.
authoritative knowledgepengetahuan autoritatifPendidikanTiadaPengetahuan yang diperoleh melalui orang yang pakar atau berkuasa dalam bidang pengetahuan tertentu.
best bookbuku terbaikPerpustakaanTiadaBuku yang dianggap paling autoritatif atau berwibawa dalam sesuatu subjek atau kumpulan subjek.
basic stockstok asasPerpustakaanTiadaBuku-buku standard yang dianggap dapat membentuk asas yang cukup seimbang dan stok buku yang autoritatif. Sinonim: stok buku asas.
base stockstok asasPerpustakaanTiadaBuku-buku standard yang dianggap dapat membentuk asas yang cukup seimbang dan stok buku yang autoritatif
eliminated/eliminatiopenyisihanKesusasteraanTiadaMengetepikan naskhah-naskhah yang korup, tidak lengkap atau terlalu buruk sifat fizikalnya dalam tahap menyusun teks autoritatif dan representatif.
12

Kembali ke atas