Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.ri.ti] | اءوتوريتي

Definisi : 1. kuasa atau hak (utk memberi perin­tah, mengawal, membuat keputusan, dsb): beliau mempunyai ~ utk mewujudkan dan menetapkan hukum; 2. sumber (orang, buku, dsb) sbg sumber maklumat tentang sesuatu yg boleh diterima atau dipercayai: kamus merupakan salah satu ~ yg sahih dlm kajian ini; berautoriti mempunyai autoriti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.to.ri.ti] | اءوتوريتي

Definisi : kuasa atau hak utk mengeluarkan perintah, membuat keputusan dsb: Pihak atasan mempunyai ~ utk mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan yg tidak mengikut peraturan. berautoriti mempunyai autoriti: Beliau tidak ~ utk mengeluarkan arahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata autoriti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
Autoriti atau otoritiEjaan yang betul ialah autoriti.Ejaan25.01.2015
selamat petang.saya mahu tahu apa maksud perkataan seperti di bawah: 01.harmoni 02.etnik 03.kuasa 04.autoriti terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud harmoni ialah selaras dari segi muzik, 2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia. kuasa bermakna daya atau kemampuan. Autoriti bermakna kuasa atau hak. Untuk keterangan lebih lanjut dan mengetahui maksud sesuatu perkataan bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti(i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak.Makna12.10.2006
Penggunaan perkataan "Otoriti" pada carta organisasi, adakah dibenarkan atau apakah perkataan gantian yang sebenar

Kami mencadangkan perkataan yang bersesuaian ialah “SUBUNIT AUTORITI DAN KOMPETENSI”. Sila layari laman web prpm.dbp.gov.my untuk membuat carian dan semakan bagi penggunaan perkataan, makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Makna18.01.2024
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih.

Saudara Luqman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah  melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat  saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini.   

Makna23.07.2009
Bolehkah perkataan "authority" dipadankan dengan "wenang" jika ia hadir bersama perkataan "power" sebagai contoh "power and authority" yang dipadankan dengan "kuasa dan wenang".

Wenang atau wewenang berasal daripada perkataan Jawa yang bermaksud mempunyai hak untuk berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan perkataan yang diberikan, perkataan tersebut tidak digunakan sebagai padanan bagi authority dalam bahasa Melayu, sebaliknya digunakan perkataan autoriti yang bermaksud kuasa atau hak.  Padanan istilah yang betul bagi power and authority ialah kuasa dan kuat kuasa atau hak kuasa dan kuat kuasa.

Istilah24.08.2021
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
Mohon semakan penggunaan perkataan yang betul bagi Bahasa Inggeris, sama ada "Computing" atau "Computerization" bagi terjemahan di bawah :- Bahasa Melayu = Jabatan Pengkomputeran Pintar dan Analitik Bahasa Inggeris = Department of Intelligent Computing and Analytics / Department of Intelligent Computerization and AnalyticsDBP menyediakan khidmat semakan penggunaan dan terjemahan hanya dalam bahasa Melayu.  Untuk pengetahuan anda, dalam pangkalan data DBP, perkataan computerization diberikan padanan pengkomputeran.  Namun kami tidak mempunyai autoriti menentukan padanan bahasa Inggeris yang betul mengikut konteks yang anda berikan.Lain-lain29.11.2018

Kembali ke atas