Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ada pertanyaan: 1. Dalam kamus dewan perdana, kenapa ada entri guna huruf italik, sontohnya avalanche, avant-garde, boulevard. Ini dah diterima sebagai bahasa Melayu ke? Kalau dah terima kenapa perlu italik lagi? Jika guna dalam urusan rasmi, perkataan ini perlu italik atau tidak? Kenapa boulevard tak italik pula dalam kamus dewan keempat? 2. Kenapa ada dua entri renaisans dan Renaissance? Kalau Renaissance kata nama khas (sebabhuruf besar), perlu ditalikkan lagi ke seperti dlm kamus? Penggunaan yang betul zaman renaisans atau zaman Renaissance?

1. Benar. Terdapat kata pinjaman yang sudah diterima masuk dalam bahasa Melayu seperti ad hoc, vis-à-visavalanche, avant-garde dan boulevard. Namun, ejaan bagi kata-kata tersebut perlu mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) dsb. Dalam susunan entri kamus, kata-kata pinjaman yang masih dikekalkan ejaannya daripada bahasa asal (khususnya daripada bahasa Perancis dan Eropah) perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Penggunaan rasmi bagi kata-kata ini juga perlu diitalikkan atau ditulis miring/condong. Untuk lebih jelas dan keselarasan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008: 303-336) dan kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

2. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan dua kata ini:

renaisans
kata nama 
kelahiran semula sesuatu, terutamanya yang berkaitan dengan bidang budaya atau seni: Renaisans budaya ini memang masih pada tahap awal. Dalam syarahan ini, topik yang saya pilih adalah tentang renaisans bangsa kita.

Renaissance Sejarah kata nama 
tempoh antara abad ke-14 dgn abad ke-17 di Eropah apabila berlakunya kebangkitan dan pemulihan budaya, seni dan sastera.

Perbezaannya ialah satu kata dieja/mematuhi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dan satu lagi dikekalkan ejaan bahasa asalnya. Lihat takrif dan penggunaannya berbeza. Ada yang kata umum dan satu lagi kata nama khas dalam bidang Sejarah. Kita akan menemui kata-kata tersebut dalam teks bahasa Melayu.

Zaman Renaissance digunakan bagi maksud dan konteks/bidang Sejarah.

Ejaan10.05.2023

Kembali ke atas