Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avant


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardeavant-gardeKesenianDrama dan TeaterPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-gardemerujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-gardejuga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-gardeberasal daripada perkataan Perancis 'vanguard'yang bermaksud ‘barisan hadapan’.
avant-gardeavant-gardeKesenianSeni BinaKumpulan yang membawa aliran pembaharuan dalam lapangan seni termasuk seni bina yang berbentuk eksperimental dan tidak konservatif serta berlawanan dengan tatacara biasa. Perkembangan avant-garde dalam seni bina dapat dilihat dengan kemunculan aliran atau gaya seni moden seperti Kubisme, De Stijl dan Ekspresionisme. Avant-garde berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud kawasan hadapan.
avant-gardeavant-gardeKomunikasiTiadaHasil ciptaan kreatif yang bertentangan dengan arus perdana, mempunyai unsur kontroversi dan bersifat curahan rasa peribadi.
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanPuisiPuisi atau karya yang menunjukkan pembaharuan dalam gaya dan persoalan yang dikemukakan. Umumnya puisi atau karya tersebut bercirikan pendekatan yang menyimpang daripada kelaziman. Contohnya, puisi "Exodus" karya Latiff Mohidin.
avant-gardeavant-gardeKesusasteraanTiadaKarya yang terkedepan dan di luar kebiasaan yang dihasilkan secara inovatif dari segi teknik, bentuk dan tema.
avant-gardegarda depanKesusasteraanTiadaPerihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme.
avant-gardemendahului zamanSejarahTiadaIndividu atau kumpulan yang mencipta, menghasil atau mengamal satu idea, reka bentuk atau teknik yang baru dan asli khususnya dalam karya seni yang memperlihatkan ciri-ciri yang terkeluar daripada kebiasaan.
avant-garde artseni avant-gardeKesenianTiadaKegiatan atau hasil seni lukis yang dikatakan mempelopori, bereksperimen dan mendahului zamannya.
avant-garde theatreteater avant-gardeKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater berasal dari Perancis yang memperlihatkan kelainan dari segi bentuk dan pemikiran berbanding teater sedia ada. Teater jenis ini menegaskan keaslian bentuk dan menentang konvensi.
12

Kembali ke atas