Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avicennia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
api-apiapi-apiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai Avicennia spp. daripada famili Verbenaceae yang banyak terdapat di hutan paya bakau. Spesies utama termasuk, api-api putih, Avicennia alba; api-api bulu, A. lanata; api-api jambu, A. marina; dan api-api ludat, A. officinalis. Gubal kayu api-api berwarna kelabu keungguan, dan sukar dibezakan daripada teras kayumya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini kasar dengan ira yang lurus dan kadangkala bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 560 hingga 785 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan tidak tahan, tetapi mudah sebagai kayu api, dan dalam pembuatan papan panel serta perabot.
viviparityviviparitiBiologiEkologi1. Tumbuhan di paya bakau, misalnya api-api, Avicennia spp. yang menghasilkan biji benih yang bercambah semasa buahnya masih melekat di pokok; percambahan ini menghasilkan radikal yang berbentuk seperti pedang. Apabila biji benih gugur, radikal ini akan tercacak di dalam lumpur untuk mengelakkan anak benih daripada dihanyutkan ke laut. 2. Haiwan yang perkembangan embrionya berlaku di dalam tubuh ibu sehingga dilahirkan, misalnya mamalia. Bandingkan ovipariti, ovovivipariti.
mangrove foresthutan bakauGeografiTiadaHutan yang terdiri daripada spesies Rhizophora, Laguncularia atau Avicennia yang biasanya terdapat di kawasan paya pingir laut yang mengandungi air masin atau payau.
ecadekadBiologiEkologiTumbuhan atau haiwan yang terubahsuai dengan habitatnya. Misalnya, pokok api-api, Avicennia di paya bakau.
conjunctive tissuetisu konjunktifPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanParenkima khusus yang berhubungan dengan floem terkandung. Kadangkala tisu ini membentuk jalur sepusat yang saling bersentuhan seperti pada tumbuhan hutan bakau seperti Avicennia spp., atau tisu yang menyelaputi tetali floem seperti pada tumbuhan Strychnose spp.
knee rootakar lipatBiologiEkologiAkar yang tumbuh dalam kawasan paya yang tersembul di permukaan air. Di kawasan akar yang tersembul itu terdapat pneumatofor atau liang untuk pertukaran udara. Misalnya, akar pokok api-api, Avicennia sp. Yang tumbuh dalam kawasan paya bakau.

Kembali ke atas