Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.vo.ka.do] | اۏوکادو

Definisi : sj tumbuhan tropika yg buahnya ber­bentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau ke­hitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.: buah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avokado


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
avocado oilminyak avokadoKimiaTiadaMinyak buah avokado yang mengandung vitamin A,D dan E dan fitosterol serta lesitin.
chilled avocado pureesup pekat avokadoPentadbiran PerniagaanTiadaSup puri daripada avokado, sos tobasko dan krim yang disajikan sejuk.
alligator pearavokadoPentadbiran PerniagaanTiadaBuah berkulit tebal berbentuk seperti buah pear, berwarna hijau kekuningan sehingga ungu kehitaman, mempunyai satu biji yang besar berwarna kuning, dan digunakan sebagai salad.
avocado juicejus avokadoPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
avocado (Persea americana/Persea gratissima)avokado (Persea americana/Persea gratissima)PertanianTiadaTiada
enzymatic browningpemerangan berenzimMakanan dan PemakananMakananProses kimia yang melibatkan polifenol oksidase, katekol oksidase dan enzim lain yang menghasilkan melanin dan benzokuinon daripada fenol semula jadi serta berwarna perang setelah terdedah kepada oksigen. Pemerangan ini memberikan kesan yang tidak baik kepada buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti epal, kentang, pisang dan avokado serta makanan laut seperti udang. Walau bagaimanapun, pemerangan berenzim ini memberikan kebaikan dalam pembentukan warna dan perisa teh, buah ara serta kismis.

Kembali ke atas