WED 01:08 Awa Nano Awa assalamualaikum dan salam sejahtera maaf saya bertanya... kenapa sukar untuk mendapatkan novel keluaran DBP di kedai2 buku contohnya Kedai Buku Popular... adakah DBP masih mengeluarkan novel? | Salam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 19.10.2016 |
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |
salam sejahtera... nama saya wirda..saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan "awak" dan "kamu" didalam konteks rasmi. terutamanya perbicaraan di mahkamah.. terima kasih. | Kata ganti nama diri kedua awak dan kamu boleh digunakan di mahkamah, bergantung pada konteks perbicaraan. | Istilah | 01.03.2010 |