Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total audience planperancangan khalayak seluruhKomunikasiKorporatPakej masa siaran iklan di radio dan televisyen yang dirancang dan ditawarkan kepada pengiklan. Perancangan ruang masa siaran iklan terletak pada kategori masa siaran dalam sehari, seperti masa siaran awal pagi, pagi, tengah hari, awal petang, petang, malam, dan tengah malam. Perancang masa siaran iklan di stesen berkenaan menyediakan pakej masa siaran untuk semua kategori waktu tersebut berdasarkan harga pakej yang dipilih oleh pihak pengiklan. Cara ini membolehkan sesuatu iklan menjangkau semua jenis khalayak yang terdedah kepada siaran radio dan televisyen pada sepanjang tempoh siaran.
daily rhythmritma harianPerikananTiadaPutaran harian siang dan malam yang mempengaruhi tabiat makan ikan. Masa memancing biasanya disesuaikan dengan ritma harian ikan. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat mencari makan pada awal pagi atau lewat petang dan tempoh ini adalah masa yang terbaik untuk memancing.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
night railpakaian tidurKesenianTiada1. Gaun daripada fabrik berwarna suram. Pakaian wanita pada waktu pagi.,2. Mantel paras bahu daripada fabrik kapas, sutera satin atau renda, pakaian wanita di bilik dandan pada abad ke-16 hingga awal abad ke-18.

Kembali ke atas