Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awalannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pokok melaka dan meranti temak nipis, adakah huruf awalannya huruf besar atau huruf kecil jika berada di tengah ayat? Saya masih keliru dengan ejaan nama pokok terutama yang menggunakan nama negeri/negara. Begitu juga dengan durian belanda.Merujuk pangkalan data kami nama-nama pokok termasuklah meranti, meranti tembaga dan durian belanda ditulis dengan huruf kecil.Ejaan10.07.2012
salam, benarkah perkatan "muslim " perlu dieja dengan huruf besar?Perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.Tatabahasa27.04.2012
Salam sejahtera, Perkataan 'internet' kata nama khas atau kata nama am? Terima kasih.Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.Lain-lain07.11.2016
Salam maal hijrah pihak KNDBP, saya ingin bertanya, muslim dieja dengan "Muslim" atau "muslim", m kecik @ besar, terima kasih
Menurut data kami, perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.
Ejaan01.10.2016
Mengapa huruf "i" dalam perkataan "Internet" perlu bubuh huruf besar? Adakah perkataan "Internet" merupakan kata nama khas? Terima kasihInternet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.Ejaan04.11.2014
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat.
2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung seĀ­suatu dgn benda tajam dgn sekali ayun;  Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas"  iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas.
Makna04.05.2017
macam mana cara ejaan huruf besar yang betul untuk kata ganda. cth: Ciri-ciri Seorang...atau Ciri-Ciri Seorang...

Bagi penulisan biasa, ditulis semuanya huruf kecil  kecuali bagi tajuk ditulis awalannya dengan huruf besar.

Tatabahasa08.09.2009
Kata 'internet'......kata nama am atau kata nama khas? Sesetengah buku menulisnya dengan huruf besar dan ada juga yang menulisnya dengan huruf kecil. Saya berasa keliru. Mohon penjelasan.Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.Ejaan16.09.2015
perkataan internet ditulis Internet atau internet. Saya pernah diberitahu bahawa perkataan tersebut perlu ditulis dengan huruf 'i' besar ('I') sama ada di awal ayat atau di pertengahan ayat.

Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.

Ejaan29.05.2009
kenapa internet menggunakan huruf besar seperti penggunaan Internet dan bukan penggunaan internet melayari Internet, teknologi Internet. Buku Tahun 1 huruf kecil, Tahun 2 dan 3 huruf besar pula. Tahun 5 pula huruf kecil. buku teks ini keluaran DBP.Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. Maklumat yang tuan berikan kami kemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk semakan dan tindakan selanjutnya.Ejaan19.10.2015
12

Kembali ke atas