Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awalnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada awalnya RUKUN NEGARA dieja sebagai Rukunegara. Pada tahun bilakah ejaan ini diubah menjadi Rukun Negara?Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Oleh itu, setelah penggunaan tatabahasa lebih mantap seperti sekarang, maka ejaan yang lebih tepat telah diselaraskan oleh pakar bahasa. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan tarikh sebenar ejaan ini diubah kepada RUKUN NEGARA. Terima kasih.Lain-lain22.08.2020
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam

1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu.

2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka  r dalam awalan ter- tidak gugur.

Tatabahasa15.12.2010
PENGGUNAAN HURUF BESAR UNTUK JAWATAN PENOLONG PENSYARAH.Nama Jawatan Penolong Pensyarah boleh ditulis huruf awalnya huruf besar atau kesemuanya huruf besar. Walau bagaimanapun, sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain22.07.2009
Selamat sejahtera, Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. (ngajat, "n" perlu huruf besar?Tarian Ngajat sebagai kata nama khas perlu ditulis huruf awalnya dengan huruf besar.Tatabahasa18.06.2012
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution))Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akan X dan suka akan Y.Tatabahasa24.02.2014
Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih.Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian.Tatabahasa03.02.2009
Jika ditinjau dari dimensi yang berbeza,ibu bapa juga dapat memberi ilmu mengurus wang yang betul.Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa ibu bapa sepatutnya menasihati bahawa anak-anak supaya tidak berbelanja wang atas membeli barangan yang tidak berguna untuk belajar pengajian tinggi di Universiti Biar kita lihat,anak-anak yang masih belajar mengatur belanjawan masing-masing dengan cara menyimpan sebahagian daripada wangg saku dalam simpanan tetap di institusi kewangan kini.Anak-anak mereka sering mengadakan pertemuan di pusat beli-belah,pusat hiburan dan di tepi-tepi tembok hingga pada waktu malam.Anak-anak yang sering belanjawan wang saku atas membeli barangan makanan tahun permainan dan sebagainya keluar dari rumah .Biar kita ambil contoh,kita perlu bijaksana membeli barangan yang kita memerlukan dalam kehidupan seharian .Baiarlah kita mula menabung dengan bijaksana atau menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.” Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, ibu bapa juga perlu memberikan ilmu tentang pengurusan wang yang betul kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa seharusnya sentiasa menasihati anak mereka supaya tidak boros ketika berbelanja khususnya ketika melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Perkara ini penting untuk diterapkan dalam diri anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk keluar melepak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan yang akhirnya akan menyebabkan pembaziran wang. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan menasihati anak-anak supaya bijak mengatur perbelanjaan mereka dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Dalam masa yang sama, budaya menabung juga perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi walaupun dengan jumlah yang sedikit, kerana bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Lain-lain27.01.2021

Kembali ke atas