Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awalnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 
SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON

Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von

(1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya

difahamkan sebagai penyambung penting antara

Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada

satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi.

Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme

Jerman. System of Transcendental Idealism (1800),

ialah karya Schelling yang utama pada zaman

remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang

awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”.

Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif”

yang menekankan pendedahan dan pengaruh

eksistensialisme.

UMUM 
DECATUR, STEPHEN

Decatur, Stephen (1779–1820) ialah pegawai

yang amat berani dalam Tentera Laut Amerika

Syarikat semasa pembentukan awalnya. Dia diingati

kerana minum ucap selamatnya: Negara kita: Dalam

hubungannya dengan negara luar semoga negara

kita sentiasa benar; akan tetapi negara kita juga,

benar atau salah.”

UMUM 
MOTT, SIR NEVILL

Mott, Sir Nevill (1905– 1996), ahli fizik British

yang pakar dalam penjelasan fizik mengenai sifat

pepejal. Dia berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang

fizik pada tahun 1977. Kajian awalnya adalah

berkenaan logam dan semikonduktor yang

digunakan untuk membuat transistor. Dia juga

membuat kajian mengenai mekanisme yang

menyebabkan imej pendam (imej yang tidak

berkembang sepenuhnya) terbentuk pada filem

fotografi. Mott lahir di Liverpool dan mendapat

pendidikan di Bristol dan Cambridge. Dia

mendapat anugerah kesateria pada tahun 1962.

UMUM 
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 
METCHNIKOFF, ELIE

Metchnikoff, Elie (1845–1916) ialah pakar

biologi ulung Rusia. Dia melakukan kajian penting

terhadap fungsi fagosit. Fagosit ialah sel darah

putih yang menyerang kuman. Para doktor pada

awalnya menentang teori berkenaan fagosit, tetapi

idea Metchnikoff ini secara amnya diterima umum

sebelum kematiannya. Metchnikoff berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1908 untuk bidang perubatan.

UMUM 
SHASTRI, LAL BAHADUR

Shastri, Lal Bahadur (1904–1966) ialah

perdana menteri India yang kedua. Dia

berkhidmat dari tahun 1964 hingga dia meninggal

dunia pada tahun 1966. Shastri lahir berhampiran

Varanasi. Kehidupan awalnya ditumpukan

sepenuhnya pada perjuangan untuk kemerdekaan

India. Dia pernah dipenjarakan oleh pihak British

sebanyak tujuh kali.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
BOSNIA HERZEGOVINA

Bosnia Herzegovina, pada awalnya lebih dikenali sebagai sebuah kerajaan Republik Sosialis. Perkataan Bosnia berasal daripada Bosnia River dan Herzergovina pula merujuk kepada satu jawatan atau kedudukan tertinggi, iaitu Herceg (ataupun Herzog bermakna Duke) yang mula popular sejak abad ke-15 dalam kalangan pemimpin tempatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
1234

Kembali ke atas