Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan: kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~; kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b) orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa); perkhidmatan ~ per­khidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis; mengawamkan 1. mengumumkan, mem­beritakan kpd orang banyak; 2. meng­anjurkan, mengesyorkan; pengawam penganjur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wam]/[Öa.wam] | عوام

Definisi : 1 umum; am: Kami telah berbincang ttg perkara-perkara ~ saja. 2 tidak bersifat ketenteraan; preman; biasa: orang ~ orang biasa; perkhidmatan ~ perkhidmatan kerajaan yg bukan ketenteraan sifatnya. mengawamkan 1 memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; mengumumkan. 2 menganjurkan; mengesyorkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil defencepertahanan awamSejarahTiadaTindakan tertentu yang diambil sebagai langkah untuk menjaga ketenteraman awam, harta awam dan memastikan kedudukan awam terselamat dan autoriti atau pihak berwajib awam, sekiranya berlaku kekacauan.
public managementpengurusan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Perspektif pentadbiran kerajaan dalam mentadbir urus hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan awam. Pengurusan awam menjadi tonggak kepada keberkesanan corak pemerintahan kerajaan dengan pengamalan ciri-ciri pengurusan yang sistematik, strategik dan cemerlang. Konteks pengurusan awam biasanya banyak berpandukan kepada corak pengurusan sektor swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan banyak menyerahkan tanggungjawab dan amanah menjaga kepentingan awam kepada badan-badan tertentu seperti agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan awam.

civil service excellencekecemerlangan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan yang mulia berlandaskan nilai-nilai murni, sikap, budaya dan etika kerja positif yang diterapkan dalam perkhidmatan awam. Kecemerlangan perkhidmatan awam menjadi tunjang utama kepada kelicinan, kecekapan dan keberkesanan pentadbiran negara di samping meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan. Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam mewujudkan kecemerlangan perkhidmatan awam seperti pengenalan Teras Perkhidmatan Awam, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan Melalui Teladan dan Tonggak 12. Selain itu, bagi menyokong dan mengukuhkan usaha dalam meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam, pihak kerajaan telah mewujudkan sistem pengiktirafan melalui beberapa anugerah seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM), Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dan Anugerah Inovasi.

public servantkakitangan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang berkhidmat dalam sektor awam yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan bidang tugas tertentu. Kakitangan awam atau pekerja kerajaan ini bertanggungjawab secara kolektif untuk memastikan matlamat, misi dan wawasan negara dapat dicapai sepenuhnya. Kakitangan awam boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat tertentu bermula daripada kakitangan peringkat rendah sehingga kepada Ketua Setiausaha Negara. Tugas utama kakitangan awam lebih tertumpu kepada perkhidmatan dan bukan bersifat keuntungan. Kumpulan ini juga tertakluk kepada Perintah Am Perkhidmatan Awam sebagai garis panduan kerja. Biasanya, kakitangan awam akan menjawat jawatan mereka sehingga berumur 56 tahun.

civil service systemsistem perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Sistem atau kaedah pentadbiran yang direka bentuk secara sistematik bagi mewujudkan penjawat awam yang cekap, cemerlang dan berkesan. Sistem perkhidmatan awam mempunyai struktur yang jelas, fungsi dan peranan yang menyeluruh serta matlamat yang khusus. Sistem ini juga bertujuan untuk menyediakan kemudahan asas yang diperlukan oleh masyarakat, memungut hasil dan mengenakan cukai serta mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam. Antara sistem yang diamalkan dalam perkhidmatan awam ialah Pengurusan Personel Awam yang bertujuan untuk menjana produktiviti yang tinggi dalam kalangan kakitangan awam. Sistem Saraan Malaysia pula bertujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam, menilai tahap kecekapan dan penambahbaikan peluang kerjaya berdasarkan perubahan persekitaran yang dinamik.

civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

civil service regulationperaturan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Undang-undang, kawalan dan kaedah pengurusan secara langsung ke atas kakitangan awam. Peraturan ini menjadi panduan asas yang wajib dipatuhi oleh semua kakitangan awam. Peraturan ini juga diwujudkan bagi memastikan perkhidmatan awam mencapai satu tahap kredibiliti yang tinggi, mempunyai imej yang bersih, bertanggungjawab, professional, adil dan saksama, telus, amanah, jujur, berdisiplin dan berintegriti. Perkhidmatan awam yang cemerlang berupaya mendukung pembangunan negara dan meningkatkan kualiti penghidupan masyarakat. Contoh peraturan perkhidmatan awam ialah Perintah-Perintah Am (Bab A hingga Bab G) dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam.

civil service reformpembaharuan perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha memperkenalkan pelbagai bentuk perubahan dalam perkhidmatan awam yang dilakukan melalui penerapan nilai kerja yang baru dan teknologi moden. Reformasi perkhidmatan awam ini juga melibatkan pengenalan kepada sifat kerja yang lebih produktif, teknologi pentadbiran yang sofistikated, keutamaan kepada kualiti, pengurusan yang saintifik, perancangan strategik dan budaya kerja yang berteraskan teknologi maklumat. Perubahan peranan perkhidmatan awam juga bertujuan untuk memperbaiki sistem pentadbiran, meningkatkan kecekapan serta kepimpinan perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan pembangunan negara yang selari dengan tuntutan semasa. Melalui pembaharuan ini, peranan perkhidmatan awam sudah berkembang bukan sekadar untuk menjaga keamanan dan ketenteraman melalui penguatkuasaan peraturan dan undang-undang, tetapi juga menjadi agen pembangunan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju atau pelopor dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan negara. Oleh itu, peranan perkhidmatan awam perlu sentiasa dikemaskini supaya selari dengan kehendak pembangunan negara. Contohnya, pengenalan kepada Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

public corporationperbadanan awam; syarikat awamEkonomiTiadaTiada
public corporationperbadanan awam; syarikat awamPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas