Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wap air (seakan-akan asap rupanya) yg berkelompok-kelompok melayang di udara; mega: ~-gemawan berbagai-bagai jenis awan. ~ larat a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cloudn 1. mass, a. (of vapour) awan, mega: black ~s, awan hitam; feathery ~s, awan bulu balik; b. (of smoke, dust, etc) kepulan, gumpalan: his pipe was emitting ~s of smoke, paipnya mengeluarkan kepulan-kepulan asap; c. (of insects, birds, etc) kawanan [n] yg tdk terbilang banyaknya: ~s of locusts, kawanan belalang juta yg tdk terbilang banyaknya; 2. area of darkness or dimness, kekaburan: his breath formed a ~ on the mirror, nafasnya menyebabkan kekaburan pd cermin itu; 3. st that overshadows, awan hitam: a ~ on o’s happiness, awan hitam dlm kebahagiaan hidup sso; ~s of war, /awan, tanda-tanda/ perang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outc. (of sun) keluar, muncul dr balik awan: the sun is ~ at last, akhirnya matahari muncul dr balik awan; d. (of st issued) dikeluarkan: a warrant is ~ for his arrest, waran utk menangkapnya telah dikeluarkan; e. (of st published), (sudah) /keluar, terbit/; (used with negative) terbit, keluar: his new book will be ~ before Christmas, buku barunya akan terbit sebelum Krismas; the annual report is not ~ yet, laporan tahunan itu belum keluar lagi; 6. (not in power) tdk berkuasa; (no longer in power) tdk berkuasa lagi: the Liberals were ~ for fifteen years, parti Liberal tdk berkuasa selama 15 tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cumulusn awan kumulus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
garter stitchn awan biji rempah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
funnel cloudn awan puting beliung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thundercloudn (lit.) awan petir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rose-windown /tingkap, jendela/ awan ros.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cirrusn (meteorol) awan sirus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
storm cloud n 1. awan ribut; 2. (fig.) mendung: the ~s of war had been gathering over the region for months, mendung peperangan berarak di rantau itu berbulan-bulan lamanya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nimbusn type of rain cloud, awan nimbus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas