Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.was] | اوس

Definisi : 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.was] | اوس

Definisi : 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam resipi masakan tertentu ada bahan-bahan yang dipanggil sebagai "awas" atau "awas-awas" atau "hawas". mohon penjelasan bagi istilah/frasa ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “awas” yang dirujuk sebagai dialek Kelantan dan Perak bermaksud bahan-bahan seperti bawang, lada, asam dan rempah yang diperlukan untuk memasak lauk pauk atau nasi selain nasi putih. Perkataan "awas-awas" dan "hawas" mungkin telah mengalami perubahan bunyi sebutan mengikut dialek.

Makna15.11.2021
Adakah perkataan "awas" kata pinjaman dari bahasa Inggeris atau bahasa Belanda "avast" yang membawa maksud yang lebih kurang sama dengan maksud "awas" dalam bahasa Melayu?Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak merakamkan kajian asal usul kata atau maklumat etimologi bagi kata "awas". Daripada rujukan sepintas lalu, kata ini telah terakam dalam kamus bahasa Melayu dengan beberapa makna yang membolehkan kata ini bersifat kata pinjaman atau sebaliknya kata warisan. Kajian lanjut perlu dilaksanakan mengikut peraturan dan rumus, serta mendapat pengesahan pakar dalam bidang tersebut.Lain-lain28.01.2024
Soalan ayat cakap pindah kepada ayat cakap ajuk Yazid memberitahu Mustapa bahawa terdapat selekoh di hadapan. Jawaban :Awas ada selekoh di hadapan,” kata Yazid kepada Mustapa. Mengapakah jawaban dia ada muncul ‘awas’.Saya ada beberapa kekeliruan.Bolehkah Tuan memberi penerangan.Terima kasihPenggunaan kata awas dalam ayat tersebut adalah betul kerana membawa maksud berhati-hati ada selekoh di hadapan. Penulisan yang tepat ialah Awas, ada selekoh di hadapan. Walau bagaimanapun, penggunaan kata awas boleh juga ditiadakan. Contoh: Ada selekoh di hadapan.
Lain-lain08.01.2021
Yang manakah yang benar ? 1. Awas, peperiksaan sedang dijalankan 2. Awas, peperiksaan sedang berjalanPenggunaan yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak), mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih.Tatabahasa05.06.2013
Adakah ayat "Awas ! Selekoh merbahaya di hadapan" betul atau tidak ?Ayat yang betul ialah Awas! Selekoh berbahaya di hadapan.Tatabahasa03.05.2023
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya.Ejaan yang tepat ialah berbahaya.

1. Awas, berbahaya!
2. Kawasan larangan dan berbahaya.
Ejaan21.07.2013
Salam, Soalan: Mohon untuk semak adakah perkataan berikut merupakan singkatan: 1. AWAS = "Anda Waspada Anda Selamat" 2. TUMIS = "Tuang Minyak Sedikit" 3. SPENDER/SPENDA/SEPENDA = "Seluar Pendek Dalam" Info Tambahan: Baru-baru ini saya ada melihat beberapa video dari socmed (instagram ig:nadeemode & ig:addinsan) tentang perkataan gabungan .. dan dinyatakan AWAS & TUMIS ini juga merupakan singkatan. Terima kasihMengikut pangkalan data perkamusan DBP, kata awas, tumis dan spender/spenda/sependa bukanlah akronim atau singkatan. Namun, tidak dinafikan terdapat kata yang benar-benar dibentuk daripada gabungan kata seperti kugiran, pawagam, laser, MARA dan sebagainya. Kekreatifan masyarakat membolehkan semua kata diberikan padanan atau rangkaian kata yang membawa makna tertentu. Makna18.07.2023
Sila merujuk kepada lampiran. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 158, salah satu makna perkataan “awas” ialah waspada dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu.  Tiada tercatat dalam kamus ini akronim bagi perkataan “awas” seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian, perkataan “awas” bukan merupakan akronim bagi "anda waspada anda selamat".Tatabahasa27.01.2024
Pertukaran Perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu1. Awas 2. Jangan Berhenti di Di Muka Pintu 3. Pintu Gelangsar AutomatikIstilah07.05.2014
Makna 'Alert' dalam Bahasa Melayu'Alert' bermaksud berjaga-jaga, berawas-awas, berwaspada.Makna19.04.2007
12

Kembali ke atas