Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.was] | اوس

Definisi : 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik (melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga-jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya sedang dibaiki; berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi sungai itu; mengawas = mengawasi; mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; pengawasan perihal (perbuatan dsb) meng­awas(i), penjagaan, pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.was] | اوس

Definisi : 1 hati-hati; hemat: ~! Kanak-kanak sekolah melintas di sini. 2 dpt melihat dgn terang; tajam penglihatannya: Walaupun sudah tua, matanya masih ~. berawas (-awas) melihat-lihat dgn penuh perhatian atau dgn hati-hati; berjaga-jaga; berwaspada: Kita hendaklah sentiasa ~ supaya selamat. mengawasi 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. pengawasan perbuatan atau hal mengawasi; penjagaan: Asrama tsb telah diletakkan di bawah ~ seorang guru. pengawas orang yg mengawasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai sinunsulit awas(Mur.)kelarai sinunsulit awas(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri berbentuk garis berjalur tegak yang dianyam dengan langkah selang satu.
alert (piping)awas (arahan)PelayaranTiadaPemberitahuan untuk bersedia menghadapi kecemasan.
ambient monitoringawas ambienKejuruteraanTiadaPengawasan kualiti persekitaran yang berorientasikan sesuatu kawasan atau penerima.
cirrus cloudawas sirusKejuruteraanTiadaAwan yang terjadi pada altitud tinggi dan kelihatan seperti filamen atau bulu nipis.
safety precautionawas keselamatanPerubatanTiadaLangkah keselamatan yang diambil oleh jururawat untuk mencegah risiko kecederaan atau bahaya.
television monitoralat awas televisyenKomunikasi MassaTiadaTiada
line monitoralat awas di udaraKomunikasiTiadaTiada
jeep monitoralat awas jipKejuruteraanTiadaTiada
master monitoralat awas indukKomunikasiTiadaLihat: monitor induk.
off-air monitoralat awas pemancaranKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas